Datuk Red bantu ibu Neelofa raih jualan RM100,000 di TikTok

Datuk Red bantu ibu Neelofa raih jualan RM100,000 di TikTok

Ibu kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini umpama mendapat durian runtuh apabila jualan produk harimau menangis miliknya meraih jualan mencecah RM100,000 dengan bantuan Datuk Red.

Noor Kartini atau nama lengkapnya Noor Kartini Noor Mohamed, 57, bertindak menjemput Red menerusi siaran langsung dalam Tiktok yang mendapat jutaan tontonan daripada peminat.



“Alhamdulillah berkesempatan bersiaran langsung (live) dengan Datuk Red semalam.

“Alhamdulillah jualan semalam dengan Datuk Red mencecah RM100,000. Terima kasih Datuk Red sudi live dengan mama, mama doakan yang baik-baik untuk Datuk,” kata Noor Kartini.

Kisah Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adenan Abu, 46, masih tidak lekang di bibir masyarakat selepas membuat pengakuan muflis pada minggu lalu.

Semenjak pendedahan itu, ramai pihak yang bersimpati ke atasnya sehingga dirinya menjadi tumpuan khalayak.



Dalam siaran langsung tersebut, Datuk Red mempromosikan daging harimau menangis serta pelbagai produk milik Noor Kartini.

Dalam pada itu, Datuk Red juga merakamkan ucapan terimq kasih kepada Noor Kartini di atas kesudian menjemputnya untuk bersiaran langsung bersama.

“Terima kasih mama, semoga mama dimurahkan rezeki dan saya minta maaf jika semalam saya ada terkasar bahasa,” kata Datuk Red.

Terdahulu, Datuk Red juga pernah melakukan siaran langsung bersama pempengaruh, Abang Tesla dalam perniagaan menjual kuih raya sehingga berjaya mencecah jualan sebanyak RM78,000 dalam masa sehari.



Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu yang merupakan seorang ahli perniagaan berkahwin dengan penyanyi Adira di Songkhla, Thailand 3 Disember 2015. Mereka dikurniakan empat cahaya mata.

Perkahwinan Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata.

Sebelum perkahwinan itu, Adnan pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu Datuk Red dikurniakan dua cahaya mata dan secara keseluruhan, dia mempunyai 11 orang anak bagi semua perkahwinannya. K Online



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isma Aliff rayu anak-anak pulang beraya



Teruja lihat pemain Everton buka puasa tepi padang

Aliff kantoi kerana GPS, perakam dengar perbualan tak senonoh



Curang tapi tak nak cerai sebab ada ‘game’ – Rita Rudaini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker