Mereka sendiri yang gagalkan Langkah Dubai

Mereka sendiri yang gagalkan Langkah Dubai

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan gerakan menjatuhkan kerajaan – digelar Langkah Dubai – seperti dilaporkan beberapa hari lalu digagalkan sendiri oleh kumpulan-kumpulan tersebut.

Enggan mendedahkan mana-mana nama, Timbalan Perdana Menteri berkata, tiada penglibatan daripada ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dalam usaha menjatuhkan kerajaan itu.



“Saya fikir mereka (Gerakan Langkah Dubai) berusaha tetapi satu usaha yang mereka gagalkan,” katanya menjawab pertanyaan media mengenai wujud gerakan baharu untuk menjatuhkan kerajaan di sini hari ini.

Minggu lalu, timbul desas-desus mengenai Langkah Dubai yang didakwa digerakkan oleh pemimpin parti pembangkang termasuk wakil tertentu kerajaan dengan matlamat untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Cubaan didakwa itu didedahkan Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop.

Selain pemimpin pembangkang, Langkah Dubai didakwa turut disertai tokoh politik veteran berpengaruh berpangkat Tun yang bersekongkol dengan pembangkang termasuk dituduh menggunakan ‘sumber asing’ untuk menggulingkan pentadbiran Anwar.



Bagaimanapun, beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) telah menafikan bahawa wujudnya rancangan seumpama itu. MG

Mereka sendiri yang gagalkan Langkah Dubai – Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan

Polis buru samun ‘ala mafia’ di Klang [VIDEO]



Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara

Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker