Jakarta zahir sokongan kepada Palestin, ratusan ribu rakyat ke jalanan

Ratusan ribu orang berhimpun di Jakarta hari ini bagi menzahirkan solidariti mereka dengan rakyat Palestin serta mengecam serangan Israel ke atas orang awam di negara itu.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh pelbagai kumpulan dalam Perikatan Rakyat Indonesia untuk Palestin dimulakan dengan perarakan melalui bandar-bandar dan kemudiannya berhimpun di Tugu Negara di tengah-tengah Dataran Merdeka.

Kebanyakan peserta perhimpunan memakai pakaian serba putih, membawa sepanduk #FreePalestine, dan mengibarkan bendera Palestin sambil melaungkan slogan bersama-sama, menyeru Israel menghentikan serangannya ke atas Gaza.



Kelibat pemimpin-pemimpin agama, tokoh politik dan menteri seperti Menteri Luar Retno Marsudi dan Menteri Agama Yaqut Cholil Qoumas turut kelihatan.

Turut hadir ialah Speaker Dewan Rakyat Puan Maharani, bekas Naib Presiden Jusuf Kalla, dan calon presiden Anies Baswedan

Retno mengulangi sokongan tidak berbelah bahagi kerajaan Indonesia terhadap perjuangan rakyat Palestin dan menzahirkan penghargaan atas sumbangan masyarakat setempat kepada misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Beliau juga membacakan puisi bertajuk “Palestin, Saudaraku”, dengan bait-bait meruntun jiwa, “setiap 10 minit, seorang kanak-kanak meninggal dunia di Gaza, beribu-ribu ibu bapa kehilangan anak-anak mereka”.



Sementara itu, Yaqut menyeru orang ramai untuk mendoakan para syuhada yang menjadi mangsa pencerobohan Israel dan berdoa agar keamanan, keadilan dan kemerdekaan bagi rakyat Palestin dapat dikecapi segera

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)



Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker