AGC tolak representasi kes minyak masak anak Hamzah

AGC tolak representasi kes minyak masak anak Hamzah

Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak permohonan representasi dikemuka peguam mewakili anak bekas menteri, Muhammad Faisal Hamzah, 39, terhadap sembilan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan memiliki barang kawalan minyak masak melebihi had, tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Nor Alimah Mohd Sanusi di hadapan Hakim Mazni Nawi pada prosiding di Mahkamah Sesyen Seremban.



Faisal adalah anak kepada bekas menteri dalam negeri Hamzah Zainudin, yang ketika ini ketua pembangkang.

Pihak pendakwaan juga memaklumkan belum menerima sebarang permohonan representasi daripada wakil seorang lagi orang kena saman (OKS) Azizul Abdul Halim, 55.

“Pada tarikh lalu (prosiding) pihak peguam bela Azizul ada menyatakan akan hantar representasi tetapi sehingga kini belum dihantar.

“Bagi representasi dihantar peguam Faisal ditolak. Mohon ditetapkan tarikh bicara kes ini,” katanya menurut Harian Metro.



Terdahulu, peguam Nasuha Badruldin dan Indran Kumaraguru yang mewakili Faisal berkata, pihaknya menghantar permohonan representasi pada 28 Jun lalu.

Peguam Hasnan Hamzah mewakili Azizul memberitahu mahkamah pihaknya belum menghantar permohonan representasi, namun bagi memudahkan mahkamah, beliau meminta mahkamah menetapkan tarikh bicara.

Mahkamah kemudian menetapkan perbicaraan pada 5 Jun, 7, 14, 21, dan 28 Ogos 2024 dengan memanggil 15 saksi untuk memberikan keterangan.

Prosiding pada 20 Sept lalu untuk mendengar keputusan representasi dua pengarah syarikat termasuk anak bekas menteri itu tertangguh selepas pihak pendakwaan memaklumkan hanya menerima representasi daripada Faisal, manakala Azizul belum mengemukakannya.



Media pada 5 April lalu melaporkan dua pengarah syarikat termasuk anak bekas menteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban atas sembilan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan memiliki barang kawalan minyak masak melebihi had dibenarkan. Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh sebagai pengarah Rimba Merpati Sdn Bhd sebagai pemegang lesen borong barang kawalan berjadual memberikan maklumat palsu kepada KPDN ketika mengemukakan maklumat dalam borang arahan yang berada dalam simpanan berkaitan barang kawalan di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 berhubung Dokumen/Invois Penjualan Minyak Masak kepada Pasar Segar Din Maju.

Kesalahan itu dilakukan pada 5 petang di pejabat KPDN, Seremban 2, 12 Ogos 2022. Mereka didakwa mengikut Seksyen 8(4)(b) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum bawah Seksyen 22 (2) akta sama.

Mereka juga selaku pemegang lesen borong didapati melanggar Peraturan 9(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu memiliki barang kawalan berjadual jenis minyak masak melebihi had 50 tan metrik.



Berikutan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Seksyen 22(4) akta sama dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan. FMT

AGC tolak representasi kes minyak masak anak Hamzah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery



Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker