MKN: SOP PRN Johor berbeza

PUTRAJAYA: Pelaksanaan pro­se­dur operasi standard (SOP) un­tuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bergantung kepada ke­adaan semasa penularan Co­vid-19 serta tidak boleh mencontohi PRN Melaka dan Sarawak.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Majlis Ke­selamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, pihak­nya masih memperincikan status penularan, ancaman dan risiko, justeru, SOP itu akan disesuaikan dengan aktiviti pilihan raya.

Katanya, bagaimanapun pe­­lak­­sanaan SOP am seperti budaya norma baharu yang diamal­kan ketika ini tetap berjalan seperti biasa apatah lagi semasa melaksanakan PRN.



Namun, beliau memberi ja­mi­­nan garis panduan pelaksa­naan PRN Johor memberikan ke­selesaan dan memudahkan, tetapi pada masa sama perlu berhati-hati dengan penularan Covid-19.

“Sehingga kini kita tidak ada lagi keputusan dibuat sama ada nak contoh SOP PRN Melaka atau Sarawak tetapi kita akan teliti situasi kes pandemik ketika ini. Namun SOP am tidak banyak berbeza,” katanya di sini semalam.

Pakatan Harapan (PH) kelmarin memohon tempoh berkempen sekurang-kurangnya 21 ha­­ri, termasuk ceramah dan kem­pen bersemuka dibenarkan oleh Su­ruhanjaya Pilihan Raya (SPR) men­jelang PRN Johor.

Majlis Presiden PH dalam kenyataannya berkata, permintaan itu berdasarkan wabak Covid-19 di negara ini sudah semakin bersifat endemik dengan jumlah kes positif, selain kemasukan ke hospital yang agak stabil.



Mengulas sama ada kempen secara bersemuka dibenarkan pada PRN Johor kali ini, Rodzi berkata, perkara itu juga bergantung kepada penilaian risiko dengan melihat keadaan di ne­ge­­ri berkenaan yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi selain mobiliti orang ramai begitu aktif berbanding di Melaka dan Sarawak.

Katanya, begitu juga dengan keadaan kawasan pedalaman di Johor tidak sama dengan situasi pedalaman di Sarawak dan perkara itu perlu dibuat penilaian dan penelitian sewajarnya.

Beliau berkata, pihaknya sudah meminta SPR untuk menyediakan cadangan SOP kepada Jawatankuasa teknikal pandemik untuk meneliti dan mengadakan perbincangan.

“Seterusnya ia akan diperhalusi dalam jawatankuasa kuartet menteri sebelum jawatankuasa khas pengurusan pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memutuskan.



“SOP ini akan dimuktamadkan segera sebelum tarikh penamaan calon yang akan diumumkan SPR nanti,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan SOP perjalanan pilihan raya, namun keputusan akhir akan dibuat dan dinilai oleh KKM dan MKN.

Katanya, perkara itu akan di­bincangkan SPR dalam mesyua­rat suruhanjaya itu pada 9 Februari ini. – UTUSAN

MKN: SOP PRN Johor berbeza




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU,NET


Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari



Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker