Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan
Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan
Pelakon Nabila Huda mengundang kejutan apabila meluahkan kemarahan terhadap seorang wanita yang disifatkan penuh toksik apabila sentiasa memporak-perandakan keadaan.
Dalam masa sama, Nabila, 40, atau lebih mesra disapa Abil itu hanya menunggu masa untuk mendedahkan ‘permainan’ wanita yang selalu mendakwa dirinya sebagai mangsa.
“Ingat, semua orang tidak bodoh, semua layankan sahaja perangai kau. Ingat kesabaran, ada hadnya. Perangai tak pernah berubah, kau memang dah lupa diri sangat. Makin menjadi-jadi.
“Bukan bossy (suka memerintah), tetapi kau nak kawal semua orang, porak perandakan semua benda.
“Tolonglah jangan lupa asal-usul. Ini lagi sekali aku ingatkan, suatu hari nanti aku akan dedahkan semua kejahatan kau,” tulisnya dalam aplikasi X.
Tanpa mendedahkan gerangan yang dimaksudkan, pemilik nama lengkap Nabila Huda Suhaimi itu turut memberi amaran agar individu terbabit memberhentikan tindakan buruk selama ini.
“Kaulah punca semua orang berpecah-belah, selepas itu kau buat cerita supaya kau nampak macam mangsa. Dah banyak sangat aku bersabar, jangan ingat aku tak tahu apa yang kau buat di belakang.
“Industri ini kecil sangat. Kau seeloknya berhenti buat apa yang kau sedang lakukan sekarang.
“Kau ingat kau siapa? Hanya kerana kau dah berstatus, kau boleh buat orang macam ‘barua’ kaukah? Mak bapak kau tidak ajarkah adab? Kau tak sedarkah sebenarnya bodoh tapi buat-buat pandai?,” jelasnya lagi.
Susulan itu, ramai memberikan respons terhadap ciapan tersebut dengan meminta bayangan siapa wanita dimaksudkan.
“Kak Abil, jangan marah-marah. Tetapi, saya nak tanya, siapakah itu?,” tanya pengikut.
“Boleh kongsikan info sedikit tak mengenai ‘individu’ itu? Saya sanggup bayar untuk mengetahui segalanya,” ujar peminat.
“Nampak gayanya netizen kena OT (kerja lebih masa) malam ini sampai hari minggu. Siapa itu?,” soal netizen. K Online
Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan
Baca Artikel Menarik:
- Mereka mula goyang dengar nama Malaysia
- Dr Akmal akhirnya dapat jumpa Cik Aida
- CEO persatuan bola sepak antara 4 ditahan kes rasuah RM6 juta
- Jalan Silang digempur lagi
- Hamdan Senario meninggal dunia
- Pesanan Anwar kepada Mahathir
- Semua ‘padu’ kecuali Sanusi
- Mahathir sindir Anwar berkenaan Langkah Dubai
- Hantar anak naik Honda, tapi yuran Pasti tak bayar
- Pekat beno Peraknye Pak Wee
- Pelajar seret guru ke mahkamah atas dakwaan gangguan seksual
- Yana Samsuddin kena darah tinggi sebab vacuum robot
- Meerqeen enggan tewas
- Kritik beriani tak sedap, pekerja restoran belasah pelanggan
- Ada yang RM50 saja – Shamsul Ghau Ghau
Layari Laman Facebook MYKMU.NET