Anwar minta Abang Jo beri taklimat kepada MB, KM

Anwar minta Abang Jo beri taklimat kepada MB, KM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta Premier Sarawak Abang Johari Openg memberi taklimat kepada para ketua menteri dan menteri besar negeri lain, termasuk Ahli Parlimen berhubung ekonomi baharu Sarawak.

Abang Johari berkata beliau sebelum ini diminta memberi taklimat kepada Jemaah Menteri tentang pembangunan ekonomi Sarawak kebelakangan ini, menurut The Borneo Post.



Katanya, perdana menteri mengiktiraf kemajuan ekonomi dan perkembangan Sarawak, sejak akhir-akhir ini.

“Ekonomi hidrogen dan ekonomi hijau benda baharu kepada mereka. Jadi, (pada Sabtu), saya jadi ‘cikgu’ kepada Jemaah Menteri,” katanya, merujuk kepada taklimat kepada Jemaah Menteri baru-baru ini.

“Sekarang, (Anwar) mahu saya bercakap sekali lagi kepada semua Ahli Parlimen dan ketua menteri (dan menteri besar) berhubung ekonomi baharu yang diterima pakai Sarawak.

“Kini, mereka mengikut kita, (bukan lagi Sarawak jadi pengikut). Kita sangat terharu.”



Abang Johari berkata beliau beritahu perdana menteri bahawa semua orang bekerjasama di Sarawak, sambil menambah kemakmuran negeri bermakna Malaysia secara keseluruhannya bertambah makmur.

Pada Sabtu, Anwar memuji Sarawak berkaitan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 dengan menyatakan negeri lain patut mencontohi inisiatif berkenaan.

Perdana menteri menambah Putrajaya akan bekerjasama erat dengan Sarawak untuk mencapai sasaran PCDS 2030.

Kerajaan Sarawak diterajui Abang Johari mengumumkan PCDS 2030 pada Julai 2021, antara lain menyasarkan pelan jangkan panjang negeri mengubah struktur ekonominya selepas kesan pandemik Covid-19.



PCDS 2030 menyasarkan pertumbuhan ekonomi dalam enam sektor utama, iaitu pelancongan, pertanian komersial, pembuatan, perhutanan, perlombongan, dan perkhidmatan sosial. FMT

Anwar minta Abang Jo beri taklimat kepada MB, KM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu



Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker