Cadangan semua cuti penggal persekolahan bagi tahun ini dimansuhkan – Zahid Hamidi

Laporan media menyebut Permuafakatan Ibu bapa Malaysia (MIMBAR) mencadangkan supaya semua cuti penggal persekolahan bagi tahun ini dimansuhkan.

Ia bagi memberi peluang kepada pelajar dan murid yang tercicir untuk ‘catch up’ semula pembelajaran. Ada dalam kalangan ibu bapa menyatakan pemansuhan ini perlu berikutan anak mereka terlalu lama berada di rumah ekoran penutupan sekolah.

https://www.astroawani.com/…/mansuh-cuti-penggal-beri…

Di sudut positif, saya bersetuju dengan cadangan ini dan ia memerlukan tindakan berkesan oleh pihak KPM. Bagaimanapun di satu sudut lain, kita juga perlu memikirkan mengenai guru.

Walaupun sekolah tidak dibuka sebelum ini, tugas hakiki guru tetap diteruskan menerusi PDPR. Jika cuti penggal dimansuhkan guru pasti kepenatan.

Jika pemansuhan ini dilaksanakan, pengajaran guru boleh dibuat secara berjadual dengan mereka diberikan elaun khas atas kerja lebih masa.

Berhubung cadangan MIMBAR supaya pusat sehenti pemeriksaan kesihatan diwujudkan di sekolah bagi membendung penularan wabak COVID-19, saya amat bersetuju.

https://www.astroawani.com/…/covid19-wujudkan-pusat…

Kita sedia maklum sekolah kembali beroperasi dengan kehadiran ramai murid. Kita bimbang perhimpunan yang ramai membuatkan virus itu dapat merebak dengan cepat.

Golongan ibu bapa yang bekerja dalam sektor kesihatan tetapi tidak terlibat secara langsung sebagai barisan hadapan di hospital, mungkin boleh membantu. Ia memerlukan perbincangan bersama PIBG dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB).

Jika ia diwujudkan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga boleh membantu dengan menempatkan seorang atau dua orang jururawat di sekolah.

Zahid Hamidi
Presiden UMNO/Pengerusi BN Malaysia

 

 

Yang mana lebih penting akar umbi, atau yang berakar umbi?

Mufti saran kerajaan tangguh cuti Aidilfitri

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker