AFAZ motosikal nasional kedua selepas MODENAS

PUTRAJAYA: Malaysia kini mempunyai jenama motosikal nasional kedua selepas Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) menerusi pelancaran AFAZ.

Ia direalisasikan melalui KMSB Motors Sdn Bhd (KMSB) yang menandatangani perjanjian usaha sama teknikal dan pembekalan bersama Suzuki Motor Corporation (SMC) Jepun.

Menurut KMSB dalam satu kenyataan, melalui perjanjian itu, Suzuki bersetuju membekalkan komponen penting untuk KMSB membangunkan motosikal AFAZ.



“Inisiatif ini adalah langkah penting dalam memangkin industri automotif dua roda negara yang merangkumi sejumlah 718,000 motosikal yang dipasarkan sepanjang tahun 2022.

“Secara langsung ia akan menyumbang kepada keperluan kepakaran industri pembuatan tempatan, memangkin industri vendor, pertumbuhan tenaga kerja, dan pembangunan program industri yang berasaskan teknologi tinggi serta kemahiran yang pastinya memberi impak yang besar kepada pembangunan negara,” katanya.

Perjanjian usaha sama itu ditandatangani oleh KMSB yang diwakili oleh Pengerusi Eksekutif KMSB, Ahmad Faez Yahaya manakala SMC diwakili oleh Presidennya, Toshihiro Suzuki

Majlis yang diadakan di sini pada Jumaat lalu itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Ia turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Isham Ishak dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Wira Arham Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, KMSB berkata, perjanjian itu juga selaras dengan pengumuman Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) oleh Perdana Menteri pada 1 September 2023.

“NIMP 2030 bakal mendorong Malaysia menjadi pemimpin global dalam pembangunan industri, memperluas jaringan domestik serta memperkuatkan rangkaian nilai global dalam sektor pembuatan.

“Malaysia berpotensi menjadi kuasa penting dalam menjayakan empat misi luas NIMP 2030 yang disokong oleh empat penggerak utama yang mengintegrasikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam memacu pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara,” katanya.



Ia menambah, AFAZ, jenama yang diperkenalkan oleh KMSB, akan memimpin inovasi dan reka bentuk dalam industri motosikal dengan kepakaran penyelidikan, pembangunan, pemasaran & novasi (RDCI) tempatan dengan fokus yang jelas terhadap kualiti, prestasi, dan inovasi.

“AFAZ berhasrat menjadi pemain utama dalam pasaran motosikal tempatan dan sekaligus bersaing di peringkat ASEAN dan global.

“Dengan menggabungkan pengalaman dan kepakaran 20 kakitangan RDCI, AFAZ berada dalam kedudukan yang baik untuk menarik perhatian peminat motosikal tempatan dan antarabangsa dengan menerapkan unsur estetika kontemporari dan moden dalam reka bentuk mereka.

“Aktiviti ini juga turut membabitkan aktiviti kejuruteraan yang menitikberatkan peraturan terkini antarabangsa UNECE (WP.29),” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA



Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya



Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker