Pura-pura solat dhuha sebelum pecah tabung masjid

Pura-pura solat dhuha sebelum pecah tabung masjid

SEGAMAT: Dua lelaki mengaku berpura-pura menunaikan solat dhuha dan tahajud sebelum memecah tabung masjid.

Namun, modus operandi dua rakan berusia 24 tahun berkenaan terbongkar dan mereka berjaya ditahan dalam Op Pintu yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, kelmarin.



Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, pihaknya menerima dua laporan kes kecurian tabung masjid di Masjid Saidina Abu Bakar, Buloh Kasap dan Masjid Makam Lubok Batu, Jalan Muar-Segamat.

“Serbuan dilakukan di sekitar rumah Bandar Tun Razak, Pahang pada pukul 4 petang hari yang sama dan kita berjaya menahan kedua-dua suspek. Mereka berpura-pura menunaikan solat dhuha serta tahajud, seolah-olah musafir yang melakukan iktikaf di masjid yang terletak di laluan utama.

“Mereka melakukan kesalahan tersebut antara pukul 8 hingga 10 pagi atau pukul 2 pagi hingga 5 pagi,” katanya dalam sidang akhbar, di sini, hari ini.

Pihaknya turut merampas sebuah tabung masjid tertera tulisan Masjid Makam Lubok Batu, sebuah kereta Perodua Alza berwarna putih, alat pengumpil, empat tabung kecil berwarna gelap, gugusan anak kunci dan beberapa helai pakaian dipercayai digunakan suspek ketika melakukan jenayah berkenaan dengan jumlah kerugian keseluruhan kira-kira RM600.



“Selain itu, kedua-dua suspek turut mengaku terbabit dalam satu kes kecurian duit syiling kedai dobi dan satu kes melarikan duit syiling mesin air sulingan sejak beberapa bulan lalu yang membabitkan anggaran kerugian kira-kira RM1,500.

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri dalam bangunan, katanya sambil memberitahu hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamine dan seorang turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan pecah rumah, samun dan curi kenderaan.

Kedua-dua suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu kini ditahan reman empat hari bermula semalam. Utusan

Pura-pura solat dhuha sebelum pecah tabung masjid



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta



Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….

Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik



Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker