Suami buaya darat mati dibunuh pembunuh upahan isteri

BANGKOK – Seorang wanita di Thailand dilaporkan mengaku mengupah pembunuh upahan untuk membunuh suaminya kerana mangsa dikatakan kaki perempuan, lapor akhbar Bangkok Post semalam.

Suspek iaitu Charoensri Thongkham, 41, memberitahu polis bahawa dia bertindak demikian kerana marah dengan sikap suaminya yang gemar berfoya-foya bersama wanita lain.

Polis menemui Charoensri ketika dia sedang bekerja sebagai tukang urut di daerah Bang Khen dan dibawa ke balai untuk proses tahanan.

Charoensri memberitahu polis dia telah bersama suaminya selama 11 tahun, namun lelaki itu banyak berubah dan sering menjalin hubungan sulit dengan ramai wanita.

Lebih teruk lagi, dia telah membelanjakan gaji Charoensri dan memberikannya kepada wanita-wanita itu.

Apabila dia mengetahui apa yang berlaku, mereka sering bergaduh dan mangsa sering mencederakannya secara fizikal.

“Saya mencintai suami saya tetapi saya takut dibunuh apabila kami bergaduh kerana dia sering membawa pistol bersamanya.

“Jadi, sebelum saya dibunuh, lebih baik saya membunuhnya dahulu. Saya mendapat idea untuk mengupah pembunuh upahan dengan bayaran 100,000 baht (RM12,575),” kata Charoensri.

Apabila pembunuh upahan membunuh suaminya, pembunuh upahan itu turut mencuri kalung emas dan pistol mangsa. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)

Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai

Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker