Suspek tembak anggota APMM dikenal pasti – KPN

Suspek tembak anggota APMM dikenal pasti – KPN

Polis sudah mengenal pasti seorang daripada tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tembak dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika operasi rondaan Op Khas Pagar Laut dijalankan di perairan Kunak pada 8.30 pagi semalam.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata buat masa ini, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti suspek lain yang turut terlibat, namun warganegara suspek masih belum boleh didedahkan.



Beliau berkata seorang daripada dua anggota yang cedera itu sudah menjalani pembedahan mata susulan kejadian itu bagi mengeluarkan peluru dan kini berada dalam keadaan stabil.

“Di sini saya ingatkan kita nampak ini sebagai satu kes rompakan laut pada musim perayaan, ada yang nak balik dari Kunak ke Semporna menaiki bot, perompak ini ambil kesempatan rompak bot yang ada di laut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Razarudin berkata Pasukan Polis Marin sudah diarahkan untuk membuat rondaan dengan lebih kerap ekoran kejadian itu bagi memastikan ia tidak berulang.



“Setakat ini, siasatan kita (polis) memang nampak dia (perompak) ambil peluang untuk merompak.

“Ini bukan trend perayaan, memang kebetulan dia rompak (pada) hari itu,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Zon Maritim Lahad Datu Suzanna Razali Chan berkata ketika kejadian, sepasukan anggota APMM yang menaiki Bot Banggi 48 cuba menghampiri sebuah bot enjin sangkut berwarna biru untuk pemeriksaan dalam operasi berkenaan.

Suzanna berkata apabila pasukan peronda cuba menghampiri, tiga suspek bersenjatakan pistol telah melepaskan empat das tembakan ke arah APMM bagi mengelak bot peronda menghampiri mereka sebelum berjaya melepaskan diri.



Dua anggota iaitu Zainal Abad Komel, 45, cedera di mata kanan dan Prayrie De Cuella Jimin, 35, cedera di kedua-dua belah tangan, telah dibawa ke Hospital Kunak untuk rawatan. FMT

Suspek tembak anggota APMM dikenal pasti – KPN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Isma Aliff rayu anak-anak pulang beraya

Teruja lihat pemain Everton buka puasa tepi padang



Aliff kantoi kerana GPS, perakam dengar perbualan tak senonoh

Curang tapi tak nak cerai sebab ada ‘game’ – Rita Rudaini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker