Adun Jeram keluar Bersatu, sokong Dr M

Adun Jeram, Mohd Shaid Rosli mengumumkan keluar Bersatu berkuat kuasa hari ini bagi menjadi Adun bebas dan menyokong bekas pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mohd Shaid berkata keputusan itu diambil bersama-sama jawatankuasa bahagian Jeram, ketua-ketua cawangan dan majoriti ahli Bersatu bahagian Kuala Selangor.

“Saya selaku Adun yang di pilih oleh rakyat di kawasan Dun Jeram ini bertanggung jawab dengan mandat dan amanah yang di berikan kepada saya. Maka saya ingin terus bersama dengan mereka yang memberikan mandat kepada saya sehingga mereka membuat keputusan pada PRU akan datang.

“Atas sebab-sebab tersebut, saya bersama Jawatankuasa bahagian, ketua-ketua cawangan dan majoriti ahli Bersatu bahagian Kuala Selangor telah mengambil keputusan untuk keluar dari parti Bersatu pada hari ini 8 Ogos 2020 dan menjadi Adun serta ahli bebas.



“Kami juga akan terus menyokong kepimpinan dan perjuangan yang dibawa oleh Tun Dr Mahathir Mohammad,” katanya lagi.

Menurut Mohd Shaid, mereka berpendapat perjuangan Bersatu kini telah terpesong daripada objektif asal penubuhannya iaitu untuk melawan ‘kerajaan kleptokrasi’, malah kini bekerjasama dengan individu yang ditolak rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.

Jelasnya, kerjasama Bersatu dengan Perikatan Nasional (PN) tidak mendapat pandangan akar umbi, sebaliknya diputuskan hanya di peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi, sedangkan rata-rata ahli di bawah tidak dapat menerimanya.

Mereka juga berpendapat presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin merupakan punca tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) sehingga menyebabkan hilangnya mandat rakyat pada PRU lalu.



Selain itu, mereka berpandangan akan berlaku perebutan kerusi antara Bersatu dengan rakan dalam Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional (PN) pada PRU akan datang, yang akan menyebabkan berlakunya pengkhianatan sesama mereka.

Muhyiddin membawa Bersatu keluar PH hujung Feb lalu dan bekerjasama dengan PAS, Umno-BN, PBS, GPS dan Star bagi membentuk PN dan mengambil alih kerajaan pusat daripada PH.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata PN tidak akan ditubuhkan secara rasmi.

Bagaimanapun Bersatu dialu-alukan untuk menyertai Muafakat Nasional- kerjasama yang dimeterai secara rasmi antara PAS dan Umno.



Mahathir pula semalam mengumumkan akan menubuhkan parti baru yang belum mempunyai nama rasmi dan tidak terikat dengan PH mahupun PN.

Related Articles

2 Comments

  1. Ni le melayu otak kat jubo… Parti baru untuk melayu konon2nya..dulu kemain si saka tua mnjilat kafir dap.. Skrg je lah baru nk gunakn melayu untuk buat parti baru..melayu bodoh je yang masih percaya kat sisaka tua..

  2. org tua yg masih xsedaq diri..bawa2lh bertaubat n g masjid.dosa dhlh bertimbun,masih nk tmbh lgi.aku Malu kalu ad atok atau bapa sebegini.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker