Ibu, bapa tiri Mondy dah kena gula-gula – Caprice

Ibu, bapa tiri Mondy dah kena gula-gula – Caprice

Sebelum ini, Caprice meminta sahabat baik kepada Ebit Lew iaitu Ustaz Derry Sulaiman untuk membuat sesi ‘live’ dan membuka chat di antara beliau dan Mondy bagi menunjukkan bukti kononnya wanita tersebut mengaku berbohong di dalam podcast untuk mendapatkan wang.

Terbaru, Caprice dilihat memuat naik video Mondy ketika membuat panggilan video bersama ibu dan ayah tirinya.

Menurut Caprice, dia berasa kasihan melihat keadaan Mondy tatkala berhubung dengan keluarganya. Ini kerana, ibu dan bapa tiri Mondy didakwa menjadi mangsa ‘gula-gula’ berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.

Kasihan juga dekat Mondy ni. Ibu, bapa tiri dia dah kena gula-gula dengan “bukti chat” yang confirm fake dan ditunjuk dekat satu Indonesia, Malaysia. Fitnah yang sangat jahat. Waktu Ustaz Derry punye live, Mondy berada di IPK Selangor lebih dari 6 jam untuk bagi statement dan disoal siasat.

Tambah pelantun suara ‘Kau Hade’ ini, dia bertanggungjawab untuk membantu orang yang dianiaya.

Yang paling pelik, laporan polis yang Mondy buat minggu lepas sebelum podcast pun belum keluar di media lagi tapi sudah di fitnah, terima ugutan, caci, dan maki.

Kami dekat sini bertanggungjawab untuk bantu orang yang dianiaya. Caprice risau kalau bukan kita lah yang berani bantu mangsa macam Mondy ni, siapa je yang berani bela? Allah hantar satu mangsa with a pure heart, brave, and strong tapi paling susah untuk masyarakat percaya sebab tattoo di luaran dia.

Di akhir posting, Caprice berkata dia menerima ujian yang berlaku dan akan membantu Mondy sehingga kes ini selesai.

Kita terima ujian tersebut, InsyaAllah kami bantu sampai habis. Video atas kita rakam selepas soal siasat di IPK Selangor, guna telefon Elis untuk telefon keluarga dia selepas Tiktok live Derry viral.
Sumber: Caprice

Ibu, bapa tiri Mondy dah kena gula-gula – Caprice

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baby Shima dah jadi Mondy Tatto (Video)

La Luna ada unsur soft porn?

Bapa Mondy minta maaf

Peluk ok, cium bibir tak boleh – Fedi Nuril

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker