PAS umum Khairuddin sumbang RM50,000 pada parti itu

Di sebalik kemelut yang dihadapinya, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dr Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini tampil menyumbang sebanyak RM50,000 kepada PAS.

Sumbangan anggota parlimen Kuala Nerus itu diumumkan ketika Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung di Kota Bharu, pagi tadi.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Tetap Muktamar Tahunan PAS Husin Ismail selepas ucapan dasar Presiden PAS.

Terdahulu Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan dasarnya sempena perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke-16 yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik).



Sebelum ini, Mohd Khairuddin terpalit kontroversi dan menjadi bahan kecaman apabila gagal melakukan kuarantin wajib Covid-19 selepas pulang dari luar negara.

Pelbagai pihak juga mendakwa berlaku amalan pilih kasih antara orang kenamaan dan rakyat biasa dalam isu berkenaan.

Kalau anda terlepas…

Isu Melayu Islam, prestasi menteri antara tumpuan muktamar PAS
Pada 22 Ogos lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan yang Mohd Khairuddin dikenakan kompaun RM1,000 kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kuarantin wajib.



Mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342), semua individu yang baru tiba dari luar negara sama ada warga negara atau warga asing perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari sebagai langkah mengekang penularan virus Covid-19.

Mohd Khairuddin melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 [Akta342].

Susulan tindakan KKM, Mohd Khairuddin memohon maaf dan berikrar untuk menyumbang kesemua gajinya dari Ogos kepada tabung Covid-19.

Bagaimanapun beliau enggan meletakkan jawatan seperti yang digesa beberapa pihak. Mk



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker