Dulu kutuk PAS Kelantan beli Mercedes, Syed Saddiq selar kerajaan P Pinang

Terkini di My KMU !!!!---->

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kerajaan Pulau Pinang tidak patut membeli Mercedes-Benz ketika ramai rakyatnya kehilangan pekerjaan akibat krisis Covid-19.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyelar tindakan kerajaan Pulau Pinang membeli Mercedes-Benz baru untuk dijadikan kereta rasmi Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow.

Walaupun kerajaan negeri pimpinan DAP itu mendakwa penjimatan hampir RM128,000 atas pembelian berkenaan, katanya, ia tidak sepatutnya dilakukan ketika ratusan ribu rakyat kehilangan pekerjaan akibat Covid-19 dan ramai yang terjejas akibat banjir di beberapa negeri.

“Dulu kutuk pimpinan PAS Kelantan dapat Mercedes baru dan naik gaji ‘backdated’ musim Covid-19, kini sama ja.

“Tolonglah, ini bukan masa nak bermewah. Ini masa untuk berikan tumpuan penuh kepada rakyat,” tulis bekas menteri belia dan sukan itu di Facebook.

Terdahulu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang dilaporkan berkata, pembelian Mercedes S560e itu mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Pulau Pinang pada 29 Nov 2019.

Katanya, Mercedes S560e itu yang dibeli pada 31 Dis 2020 berharga RM458,122.78, iaitu penjimatan sebanyak RM127,765.22 daripada harga asal.

Leave a Reply