ASP wanita ‘live’ TikTok masa serbuan ditukar ke SUKSIS UiTM Johor

Tangkap layar memaparkan pegawai kanan terbabit membuat live di TikTok ketika serbuan di sebuah pusat hiburan.

PETALING JAYA – Pegawai polis wanita berpangkat Asisten Superintendan (ASP) yang membuat video secara langsung (live) di aplikasi TikToknya ketika serbuan di sebuah pusat hiburan ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Arahan pertukaran terhadap pegawai kanan itu tular di aplikasi WhatsApp sejak petang tadi.

Beliau yang sedang bertugas sebagai ASP Operasi Urusetia, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman ditukarkan ke Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPK Johor dengan menyandang tugas sebagai ASP Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) Universiti Teknologi Mara (UiTM) (INDUK).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan arahan pertukaran pegawai kanan terbabit.

“Betul, dia ditukarkan ke IPK Johor dan perlu melaporkan diri pada hujung bulan Mei depan,” ujarnya ringkas ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Terdahulu, pegawai wanita yang bertugas di JSJN Bukit Aman dikecam selepas membuat rakaman video secara langsung menerusi aplikasi TikTok semasa menjalankan serbuan di sebuah pusat hiburan baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi satu minit 38 saat memaparkan wanita berpakaian jaket seragam operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menerangkan tanggungjawab kerja ketika menjalankan serbuan serta pemeriksaan.

Ekoran itu, Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberi jaminan tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai berkenaan tanpa memilih bulu dan pangkat.

Untuk makluman pihak tuan/puan, pegawai polis tersebut telah ditukarkan ke KOR SUKSIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) INDUK bukan UiTM seperti yang disiarkan.

Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Komunikasi UiTM mohon pihak tuan/puan untuk membetulkan fakta tersebut dan mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas kesilapan dengan kadar segera.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

MOHD ZAIRUL BIN MASRON
KETUA MEDIA SOSIAL
UNIT MEDIA WEB
JABATAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SHAH ALAM

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker