PM bukan Melayu, Polis mulakan siasatan terhadap Kit Siang

PM bukan Melayu, Polis mulakan siasatan terhadap Kit Siang

Polis mengesahkan siasatan terhadap veteran DAP Lim Kit Siang dijalankan susulan kandungan penulisannya di blog pada 30 Nov yang menyentuh isu perlembagaan berhubung pelantikan perdana menteri Malaysia.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan), Rusdi Mohd Isa berkata rakaman percakapan penasihat DAP itu akan diambil esok oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

“Kes masih dalam siasatan polis dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

“PDRM mengingatkan orang ramai agar sentiasa prihatin terhadap isu-isu sensitif dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan kententeraman awam dan keharmonian negara,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Rusdi berkata siasatan itu berkait penulisan bertajuk ‘Malaysia constitution provides for a Malaysia Dream and not a mono-ethnic dream as it provides that a non-Malay can be a prime minister’.

Terdahulu Lim dikirtik susulan ceramahnya kepada pelajar Malaysia di United Kingdom tentang kemungkinan bukan Melayu menjadi perdana menteri Malaysia.

Dia berkata demikian ketika mengulas bagaimana Barack Obama yang berkulit hitam dapat menjadi presiden Amerika Syarikat selepas lebih 230 tahun penubuhan negara itu.

Lim bagaimanapun berkata berkata buat masa ini, untuk orang bukan Melayu menjadi perdana menteri Malaysia adalah “kenyataan fakta” bukan “kenyataan realiti”. Mk

PM bukan Melayu, Polis mulakan siasatan terhadap Kit Siang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zainal tak malu mengaku guna botox

Liza Hanim kecewa bakat tidak dihargai

GV10: Ella ‘lost’ nak pilih juara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker