Mior Faridalathrash ketua polis Perak baharu

PETALING JAYA: Polis mengumumkan pertukaran 9 pegawai kanannya berkuat kuasa 21 Disember ini, dengan Timbalan Pengarah Siasatan, Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid dilantik sebagai ketua polis Perak.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Asmawati Ahmad dalam kenyataan berkata, pertukaran itu turut membabitkan Ketua Cawangan Khas Perak, Mazlan Santarai, dilantik sebagai timbalan ketua polis Perak.

Manakala, Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Komuniti Bukit Aman, Mustafa Khas Abdul Samat dilantik sebagai timbalan pengarah perancangan strategik, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman.



“Ketua Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Korporat, Kewangan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Sasikala Subramanim dilantik sebagai timbalan pengarah siasatan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman.

Kes Liwat 3.0, segala bukti rakaman perbualan disimpan pengadu

“Penolong Pengarah E2, Cawangan Khas Bukit Aman Shazeli Kahar dilantik sebagai ketua Cawangan Khas, Perak. Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan Maktab PDRM, Kuala Lumpur Munusamy Rengasmy dilantik sebagai SAC Bahagian Pentadbiran Maktab PDRM Kuala Lumpur,” katanya.



Sementara itu, Asmawati turut mengumumkan pertukaran Pegawai Turus E1B5 Cawangan Khas Mohammad Mashdik Yahya sebagai penolong pengarah E2, Cawangan Khas Bukit Aman.

“ACP Pentadbiran, Jabatan Pengurusan, Selangor Mohammad Abd Hamid dilantik sebagai ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan Maktab PDRM, Kuala Lumpur.

“Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Kedah Mohd Zaki Ashar dilantik sebagai penolong pengarah Narkotik (Risikan) Zon I, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman,” katanya.

Tiada masalah… sekarang kita gembira – Bung Moktar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker