Tindakan MB Kedah satu kesalahan, suami isteri pun tak boleh tahu undi siapa’ – SPR

Menayangkan kertas undi kepada umum adalah satu kesalahan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 mengikut Perkara (39) dan boleh dihukum penjara atau denda sehingga RM3,000.

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana di pusat pengundian ada dipamerkan mengenai syarat yang perlu dipatuhi oleh setiap pengundi.

“Kalau tengok dekat tempat mengundi memang sudah ada sebut supaya kertas undi tu kena lipat betul-betul malah pegawai di dalam bilik berkenaan pun tidak boleh kita tunjuk kertas berkenaan.

“Kecuali kita adalah pegawai yang ditugaskan untuk membantu seseorang individu untuk mengundi, namun ia juga ada syarat tertentu yang perlu dipatuhi. Malah dalam ahli keluarga, pasangan suami isteri pun tidak boleh diberitahu kita undi siapa.

“Namun apa yang berlaku ini bukan sahaja pada orang sekeliling, tetapi dia tayangkan pula pada jurukamera. Tak pastilah kalau ada permintaan daripada pihak media (untuk tayangkan kertas undi), tapi kenapa dia lurus bendul sangat (mengikut kehendak media),” katanya kepada BH, di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menayang kertas undi kepada petugas media

Perbuatannya mengundang kritikan pengguna media sosial, yang berkongsi gambar Sanusi mempamerkan pilihannya pada kertas undi berkenaan ketika gambarnya dirakam petugas media, sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak undi SPR.

Berikutan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sedang melengkapkan siasatan terhadap tindakan Muhammad Sanusi dan berkemungkinan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu akan dipanggil dalam masa terdekat untuk memberi keterangan.

Bagaimanapun, Muhammad Sanusi dilaporkan mendakwa tidak berniat untuk menayang kertas undi miliknya ketika membuang undi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya Sabtu lalu.

Katanya, kejadian itu berlaku di luar kawalannya kerana melayan kehendak petugas media yang memintanya berpusing ke kanan dan kiri.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, sekiranya tindakan menayangkan kertas undi itu bukan satu kesalahan, sepatutnya di pusat mengundi tidak perlu dipasangkan penghadang untuk seseorang itu mengundi.

“Kalau misalnya benda (kertas undi) boleh tunjuk, tak perlu la kita sediakan tempat berlindung (penghadang untuk mengundi). Tengok la dekat tempat mengundi tu, kalau nak mengundi kena buat dekat tempat berlindung.

“Malah yang boleh masuk pun, seorang demi seorang, itulah tujuannya (merahsiakan undian),” katanya.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai kesalahan dalam pilihan raya seperti menggunakan kad pengenalan palsu di pusat mengundi, Abdul Aziz berkata undian yang dibuat oleh individu itu tetap akan dikira.

“Kerana pada masa pengundian itu berlangsung, ada ejen daripada parti, ada ejen calon dan ketua tempat pengundi dan kesemua mereka tidak dapat buktikan kad pengenalan itu milik orang lain. Jadi undi yang ada tetap kena kira kerana ia tidak menjejaskan jumlah undian.

“Kecuali di bahagian itu majoriti yang dimenangi sangat rendah, kemudian kita dapati di kawasan itu ada lebih 90 kes berkait dengan kad pengenalan palsu, itu menjadi kes serius dan kita kena pastikan ia dibawa ke Mahkamah Petisyen Pilihan Raya dan wakil yang kalah kena buat petisyen,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman

Bakal doktor dicekup melacur

“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen

Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker