Pecah masuk rumah, parang di leher isteri

Pecah masuk rumah, parang di leher isteri

Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila rumah mereka di Taman Muda, Ampang dipecah masuk dua lelaki bersenjatakan parang pada Ahad lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian pada jam 6 pagi itu, mangsa berusia 60 tahun sedang tidur bersama dua anaknya di dalam bilik.

Menurutnya, mangsa kemudian terjaga apabila terdengar bunyi bising lalu turun ke tingkat bawah dan menemui isterinya dalam ketakutan.

“Isteri mangsa memaklumkan rumah mereka telah dimasuki dua lelaki, sebelum melarikan diri.

“Suspek juga bertindak meletakkan parang di leher isteri mangsa sebelum melarikan beberapa barang kemas untuk sembahyang dan barang peribadi wanita itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, modus operandi suspek disyaki memasuki rumah mangsa dengan cara merosakkan gril tingkap belakang dan bertindak samun.

“Mangsa cuba mengesan suspek di sekitar kawasan itu sebelum terserempak dengan sebuah kereta polis (MPV) yang sedang menjalankan rondaan,” katanya.

Mohamad Farouk berkata, hasil maklumat, pihaknya berjaya memberkas dua suspek berkenaan pada jam 6.50 pagi semalam.
Sinar

Pecah masuk rumah, parang di leher isteri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap Kayangan: Pelanggan bidas semula jawapan restoren ‘Menipu kuat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker