Peruntukan tambahan untuk usahawan dalam talian

Peruntukan tambahan untuk usahawan dalam talian

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) hari ini mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta bagi Skim Pembiayaan Online Tekun (SPOT) pada tahun hadapan.

Menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar berkata, sebagai permulaan, pada tahun ini sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan bagi membantu usahawan dalam talian untuk mengembangkan perniagaan.

“Kita tengok perniagaan dalam talian mendapat sambutan menggalakkan dan melibatkan ramai usahawan. Kita mahu menggalakkan lebih ramai usahawan menceburi perniagaan dalam talian ini. Oleh itu, Tekun (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional) memperkenalkan skim ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keusahawanan Tekun Nasional Parlimen Shah Alam, Kota Raja, Kapar dan Klang di sini hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 253 permohonan SPOT diluluskan dengan peruntukan berjumlah RM1.898 juta. HM

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Peruntukan tambahan untuk usahawan dalam talian


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker