Kabinet setuju pinda Perlembagaan isu kewarganegaraan

Kabinet setuju pinda Perlembagaan isu kewarganegaraan

Kabinet bersetuju dengan cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan hak kepada wanita Malaysia dengan suami warga asing untuk mewariskan kewarganegaraan kepada anak-anak yang dilahirkan di luar negara.

Ini dimaklumkan dalam kenyataan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Azalina Othman Said, dan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail malam tadi.



“Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim serta barisan kabinet kerana merealisasikan komitmen negara terhadap kesaksamaan jantina dan memenuhi hak terhadap kanak-kanak.

“Cadangan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan mengenai perkara ini adalah untuk menggantikan perkataan ‘bapanya’ dalam Bahagian I dan Bahagian II Jadual Kedua dengan perkataan ‘sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya’ bagi membolehkan ibu warganegara Malaysia mendapat hak seadilnya menurut Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Kenyataan itu menambah bahawa Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2023 dijangka akan dibentangkan dalam persidangan Parlimen kali ini.

Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan menyatakan tentang syarat seseorang yang dilahirkan selepas Hari Malaysia menjadi warganegara Malaysia.



Di samping itu, pindaan berkaitan Bahagian III Perlembagaan, yang menetapkan bahawa orang yang dilahirkan pada atau selepas Hari Malaysia adalah warganegara mengikut kuat kuasa undang-undang, juga akan diteliti oleh jawatankuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri.

“Setelah cadangan pindaan tersebut dimuktamadkan dengan mengambil kira libat urus dengan semua pihak yang berkepentingan.

“Perkara ini sejajar dengan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk mengiktiraf kesamarataan wanita dan lelaki menyingkirkan diskriminasi terhadap wanita di Malaysia, mengatasi kelemahan peruntukan kewarganegaraan yang timbul, menyelesaikan lambakan kes-kes tertunggak bagi wanita yang terkesan yang memohon kewarganegaraan anak mereka melalui pendaftaran yang mengambil masa terlalu lama dan tidak munasabah dan memberikan tafsiran yang jelas dan mengelakkan tafsiran berbeza dari mahkamah,” kata kenyataan itu.

Bulan lalu, Azalina dan Saifuddin berikrar bahawa kerajaan komited untuk meminda undang-undang negara yang membabitkan isu kewarganegaraan, termasuk untuk kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara kepada ibu Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.



Manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH) dan BN pada pilihan raya umum lalu juga menjanjikan pindaan perlembagaan yang akan memberi bapa dan ibu hak untuk memberikan kerakyatan kepada anak-anak mereka. Mk

Kabinet setuju pinda Perlembagaan isu kewarganegaraan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?



‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker