Biro Politik UMNO bermesyuarat malam ini, Ismail Sabri hadir bersama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tiba di Menara Dato Onn bagi menghadiri mesyuarat Biro Politik Umno, kira-kira 24 jam selepas keputusan sabitan melibatkan Najib Razak dalam kes SRC International.

Ismail yang juga naib presiden Umno tiba pada 8.01 malam, memasuki bangunan utama melalui pintu khas.

Selain itu, turut kelihatan Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid, Ketua Umno Selangor Noh Omar, Ketua Umno Perak Saarani Mohamad dan Ketua Umno Terengganu Ahmad Said.

Media mula berkumpul sekitar 7.30 malam di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman Najib dalam kes SRC.

Najib yang didapati bersalah atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram, kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang. Beliau turut didenda RM210 juta.

Awal hari ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan mahkamah terhadap Najib perlu dilihat sebagai “peledak semangat” untuk terus membawa perjuangan bekas perdana menteri itu.

Zahid turut memanggil semua pemimpin Umno menghadiri taklimat khas Sabtu ini.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib

Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya

Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker