Rayuan haji kini lebih mudah menerusi aplikasi THiJARI

Permohonan rayuan haji bagi pendeposit Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) kini lebih mudah selepas perkara itu boleh dibuat menerusi dalam talian menggunakan aplikasi THiJARI.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, kemudahan terbaharu itu dibina bagi membantu orang ramai membuat rayuan haji tanpa perlu menghantar surat rayuan.

Katanya, rayuan itu akan dibuka bermula hari ini hingga 13 Februari tahun depan.
“Seperti tahun sebelumnya, lebih-lebih lagi ramai terkesan penularan COVID-19, rayuan haji dibuat menerusi permohonan surat rayuan yang perlu dihantar pejabat Tabung Haji, tetapi selepas ini tidak perlu lagi.

“Selain daripada rayuan haji, bakal haji juga boleh menyemak pendaftaran haji, status rayuan haji, status tawaran haji, jadual penerbangan serta pelbagai lagi perkhidmatan lain seperti urusan simpanan dan pengeluaran melalui aplikasi itu,” katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.

Ditanya mengenai bakal haji yang kurang mesra kepada teknologi untuk menggunakan aplikasi itu, Zulkifli berkata, pihak Tabung Haji akan mengajar mereka yang tidak faham atau tidak tahu menggunakan kemudahan tersebut.

“Rayuan ini pula adalah mereka yang pernah memohon untuk melakukan ibadah haji dan sudah pasti maklumat berhubung prosesnya sudah diketahui sedikit sebanyak. Tidak semua akan merayu.

“Saya juga yakin, anak-anak yang cerdik pandai akan mudah mengakses aplikasi ini (bagi pihak bakal haji masing-masing),” jelasnya. Awani

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker