[VIDEO] Pertemuan Aliff & Bella Jentik Perasaan Netizen, Suami Isteri Ini Bertemu Selepas 9 Bulan ‘Terpisah’!

Akhirnya pasangan selebriti, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dapat bertemu isteri, Bella Astillah dan anak anaknya Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Selepas lebih 9 bulan tidak bertemu gara-gara situasi semasa yang melanda dunia, Bella dan Aliff sekeluarga dapat mengisi masa bersama.

Malah, momen indah itu turut disimpulkan menerusi sebuah video yang dihasilkan Budak Tadika.



Kelihatan Ayden berlari menuju ke arah Aliff lalu mereka berdua saling berpelukan dan penyanyi Sayang Sayang itu turut dilihat memeluk Bella serta mengucup dahi anak-anaknya.

“I miss you, i love you. Sayang Daddy tak? Kiss Daddy,” kata Aliff kepada Ayden.

Malah Aliff dan Bella turut dirakam mengunjungi kedai permainan kanak-kanak sebagai hadiah buat permata hatinya itu.

Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, Bella mengucapkan syukur kerana akhirnya mereka kini sudah saling melengkapi.



“Alhamdulillah, reunited love. #After9months,” tulisnya ringkas.

Serentak dengan perkongsian video di Instagram itu, rata-rata peminat serta rakan selebriti tumpang gembira dan tidak kurang yang menyatakan rasa sebak sebaik menonton klip berkenaan.

Video tersebut sehingga kini telah pun ditonton lebih 767,000 kali netizen.



Terdahulu, Aliff terpisah selama 9 bulan dengan Bella dan dua cahaya matanya akibat COVID-19 dan bintang asal Singapura itu sudahpun menjalani kuarantin seperti yang ditetapkan sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Sepanjang tidak bersama Aliff, Bella juga telah menjalani proses kehamilan, bersalin dan berpantang anak kedua bersendirian tanpa suami di sisi.

Foto: Instagram Bella Astillah, Budak Tadika



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker