Umno, BN diundang ke kongres DAP

Umno, BN diundang ke kongres DAP

DAP menjemput semua parti gabungan kerajaan persekutuan bawah pentadbiran Anwar Ibrahim ke persidangan tahunan parti itu pada Ahad ini.

Ia adalah persidangan pertama DAP sejak bekerjasama dengan parti dan gabungan lain untuk membentuk kerajaan pada November tahun lepas.



Setiausaha Organisasi DAP Steven Sim berkata jemputan telah dihantar kepada parti dan juga wakil daripada 1,530 cawangan DAP di seluruh negara.

“Seramai 3,868 wakil layak hadir. Ini sedikit meningkat daripada kongres khas DAP September lalu yang dihadiri 3,672 perwakilan.

“Semua Ahli Parlimen, anggota dewan undangan negeri (Adun) – termasuk yang baru dipilih dan senator juga merupakan wakil (dijemput ke) persidangan ini – selain wakil daripada bahagian.

“Kami telah menjemput wakil daripada semua komponen, ada yang menjawab dan ada yang belum berbuat demikian,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.



Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, Anwar turut dijemput menghadiri acara yang akan berlangsung di Hotel Marriot di Putrajaya, bermula jam 8 pagi itu.

“Perbahasan oleh pemimpin bahagian akan diadakan secara tertutup dan media hanya akan membuat liputan ucapan oleh pemimpin utama parti,” katanya.

Tambanya, fokus utama persidangan tahun ini adalah membincangkan penglibatan parti dalam kerajaan campuran, isu dalaman parti dan cara untuk bergerak ke hadapan.

Ditanya sama ada persidangan itu akan membincangkan slogan DAP ‘Malaysian Malaysia’, Sim mengulangi pendirian parti itu bahawa ia tidak bertentangan dengan perlembagaan.



“Jika Malaysia bukan untuk rakyat Malaysia, maka untuk siapa?

“Sekiranya ada ahli yang ingin membangkitkan dasar atau perjuangan parti, mereka boleh melakukannya pada persidangan itu. Mereka bebas untuk membangkitkan perkara ini,” Jelasnya. Mk

Umno, BN diundang ke kongres DAP

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)

Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?



Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu

‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker