Ramai pemimpin Umno keluar parti 4 Ogos – Annuar

Ramai pemimpin Umno keluar parti 4 Ogos – Annuar

Bekas ahli parlimen Ketereh Annuar Musa akan menjadi tuan rumah kepada majlis pengisytiharan keluar parti secara beramai-ramai oleh pemimpin dan ahli Umno pada 4 Ogos nanti.

Pengerusi Muafakat Nasional (MN) itu berkata majlis berkenaan akan berlangsung di kediamannya di Bukit Marak, Kota Bharu, Kelantan yang turut akan dihadiri Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.



“Kita akan buat pengumuman penting termasuk pengisytiharan ramai pemimpin dan ahli parti serta mantan ketua setiausaha dan bekas exco yang akan keluar daripada Umno.

“Ini bukan sahaja dalam kalangan pemimpin dan ahli dalam Parlimen Ketereh, malah beberapa kawasan yang lain,” katanya pada sidang media di ceramah isu semasa sempena pilihan raya negeri (PRN) peringkat dewan undangan negeri (DUN) Kok Lanas, di Kota Bharu, malam tadi.

Turut hadir, Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Hamzah Zainudin, Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari, calon PN DUN Kok Lanas, Mohamed Farid Zawawi dan calon DUN Kadok Azami Mohd Nor.

Sementara itu Annuar berkata tindakan pemimpin dan ahli keluar daripada Umno berikutan rakyat sudah tidak yakin dengan perjuangan parti itu serta kepimpinan presiden, Ahmad Zahid Hamidi.



“Gelombang krisis keyakinan kepada Umno sudah wujud kerana (segelintir pemimpin) parti itu melakukan banyak kesilapan dan kesalahan. Juga terlalu banyak penipuan dan pembohongan sehingga menyebabkan ahli Umno hilang keyakinan.

“Umno menghadapi satu krisis yang sangat tenat. Kemungkinan juga akan berlaku penutupan cawangan Umno.

“Ini menunjukkan bahawa rakyat Kelantan solid (padu) bersama PN dan PAS kerana parti ini konsisten walaupun tidak menjadi pemimpin kerajaan persekutuan. Saya boleh rasa situasi itu sekarang,” katanya. Mk

Ramai pemimpin Umno keluar parti 4 Ogos – Annuar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baju Jasmine Suraya bikin kecoh di kalangan netizen (Video)



Ira Kazar Mengamuk, Selar Individu Batak ‘Likes’ Dan ‘Views’

Jakun dapat basikal – TMJ (Video)



Fathia Latiff cukuplah ‘cucuk’ muka

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker