170 lagi positif, peserta tabligh Sulawesi korban baru Covid-19 di Malaysia

Satu lagi kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah korban keseluruhan akibat wabak itu di Malaysia adalah sebanyak 63.

Kes kematian terbaru itu melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Sulawesi, Indonesia.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya hari ini juga memaklumkan bahawa terdapat 170 kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 3,963.

Noor Hisham juga memaklumkan bahawa sebanyak 80 pesakit pulih, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh dari jangkitan wabak itu ialah 1,321, iaitu 33.3 peratus daripada jumlah kes keseluruhan.



Sebanyak 170 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 50 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker