Menu Rahmah cetus kekecohan di Dewan Rakyat

Menu Rahmah cetus kekecohan di Dewan Rakyat

Isu Menu Rahmah mencetuskan kekecohan pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat petang ini selepas Dr Halimah Ali (PN-Kapar) menafikan beliau mengeluarkan kenyataan menu itu menyebabkan kanser.

Kekecohan bermula apabila Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) mencelah perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) dengan menyatakan kenyataan dibuat Dr Halimah mengenai Menu Rahmah tidak benar.



Mohd Sany menyatakan Menu Rahmah adalah usaha kerajaan untuk membantu rakyat dan sepatutnya ia disokong supaya program itu dapat berpanjangan dan bukannya seperti Ahli Parlimen Kapar yang membuat cerita tidak betul mendakwa menu itu menyebabkan kanser.

Mohd Sany turut meminta Dr Halimah yang didakwa mengeluarkan kenyataan ketika sesi perbahasan minggu lalu supaya menarik balik kenyataan itu.

“Dia cemburu… persoalannya Kapar buat cerita tidak betul… mana dia dapat Menu Rahmah sebabkan orang kanser dan autisme, Kapar kena tarik kerana bawa fitnah di dalam dewan yang mulia ini,” katanya.

Dr Halimah kemudiannya bangkit dan meminta kenyataannya didengar semula selain boleh disemak melalui penyata rasmi dewan yang beliau tidak menyatakan bahawa Menu Rahmah menyebabkan kanser.



“Saya kena betulkan apa yang disebutkan Hulu Langat itu tidak betul saya tidak kata Menu Rahmah sebabkan kanser… dengar betul-betul dan periksa hansard dengan hati yang bersih,” katanya.

Keadaan itu mencetuskan kekecohan apabila Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) menuduh Mohd Sany tidak faham dan perlu ke ‘sekolah’ semula.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul kemudiannya meminta Azman mengalihkan perbahasan kepada isu lain antaranya isu tempatan melanda Kedah bagi meredakan keadaan.

Minggu lalu, Dr Halimah dilaporkan menyuarakan kebimbangan bahawa penyediaan makanan yang berharga rendah untuk Menu Rahmah tidak sepatutnya sehingga menyebabkan golongan kurang berkemampuan mendapat hidangan yang bermutu rendah.



Dr Halimah dilaporkan berkata, pihaknya tiada masalah dengan istilah Rahmah atau apa sahaja tetapi jangan sampai golongan B40 diberikan bekalan makanan yang tidak berkualiti dan mungkin juga menyebabkan mereka terdedah kepada kanser, ‘autoimmune disease’, autisme dan sebagainya.

Terdahulu, Azman mempertikaikan inisiatif kerajaan yang memperkenalkan Menu Rahmah dalam membantu rakyat.

Ini kerana beliau berkata, keluarga besar perlu berbelanja dari RM60 hingga RM80 sehari untuk Menu Rahmah sedangkan sepatutnya kerajaan memfokuskan dalam kawalan harga barang. BH

Menu Rahmah cetus kekecohan di Dewan Rakyat



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri



Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang

Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker