Rita Nadira jawab isu bercinta dengan Chubb- E
Rita Nadira jawab isu bercinta dengan Chubb- E
Pelakon, Rita Nadira, 26, menolak persepsi kononnya dia menjalinkan hubungan istimewa dengan penyanyi, Chubb – E.
Kata Rita dia dan penyanyi berusia 24 tahun itu hanya kawan rapat dan bukan pasangan bercinta seperti disangkakan ramai pihak.
“Saya pun tak sangka boleh berkawan baik dengan dia.
“Kami dua-dua individu introvert yang jarang keluar rumah. Tapi dia lebih introvert sebab lebih selalu di rumah.
“Kami tak ada hubungan istimewa. Sama ada dia ada perasaan pada saya atau tidak, saya tak tahu. Itu kena tanya dia,” katanya sewaktu hadir menjayakan sesi fotografi di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Rita memaklumkan tumpuannya pada ketika ini bukan mencari pasangan hidup, tetapi membina kerjaya untuk membantu keluarga.
“Bila orang tanya pasal teman istimewa, jawab saya, kalau ada, adalah.
“Fokus utama saya buat masa ini bukan bercinta.
“Saya nak kerja, kumpul duit dan beli rumah untuk orang tua saya,” katanya. Utusan
Rita Nadira jawab isu bercinta dengan Chubb- E
Baca Artikel Menarik:
- Sanusi pegang 8 portfolio exco berbanding 7 sebelum ini
- Ditembak 2 kali di kepala, masih hidup
- Bersatu hanya dapat 3 daripada 10 jawatan exco Kedah
- Afiq Shazwan jawab isu aksi mesra dengan Fasha
- Aeril Zafrel hadiahkan Brabus 900 Rocket Edition kepada Wawa Zainal
- Pemuda PAS Kelantan dinasihat kembali kepada ajaran Islam yang sebenar
- Guna logo, tema berbeza, tindakan kurang ajar, tak bertanggungjawab
- Penjawat awam negara jiran antara ditahan melacur
- Presiden Gerakan bidas Ketua Pemuda PN
- Guan Eng diarah bayar RM250,000 kepada Azeez
- MB Kelantan berdolak dalih
- A GREAT LEADER IS A GREAT FOLLOWER – DR. RAMALAN YUNUS
- Kenapa bila kalah baru bersuara – penganalisis
- Suami putus zakar tuntut ganti rugi RM167,000 daripada isteri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beberapa pihak cepat melompat macam kera suka seolah-olah kami gagal – TMJ