Idris Harun dilantik jadi Pengerusi AmanahRaya

Idris Harun dilantik jadi Pengerusi AmanahRaya

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun dilantik sebagai Pengerusi Amanah Raya Bhd (AmanahRaya) berkuat kuasa hari ini.

AmanahRaya dalam satu kenyataan berkata, perlantikan Idris akan membantu meningkatkan prestasi dan keupayaan kumpulan yang juga syarikat pemegang amanah utama di Malaysia.



“AmanahRaya percaya dengan pengalaman luas dan kecemerlangan Idris dalam bidang perundangan akan membawa kumpulan ke arah peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Idris sebelum ini dilantik sebagai Peguam Negara bermula pada Mac 2020 dan berkhidmat sehingga bersara pada September 2023.

Beliau memulakan kerjaya dalam sektor perundangan sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang Parlimen di Jabatan Peguam Negara sebelum menjadi Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Selepas itu, Idris berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di beberapa jabatan kerajaan sebelum menjadi Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu; Peguam Kanan Persekutuan di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Penggubal Undang-Undang Parlimen.



Beliau seterusnya dilantik sebagai Peguam Cara Negara pada April 2006 dan menyandang jawatan Hakim Mahkamah Rayuan pada September 2014 serta Hakim Mahkamah Persekutuan pada November 2018 sehinggalah dilantik sebagai Peguam Negara.

Idris yang mempunyai pengalaman lebih 42 tahun dalam bidang perundangan memegang Ijazah Sarjana Undang-Undang dengan Kepujian dari Universiti Malaya. BH

Idris Harun dilantik jadi Pengerusi AmanahRaya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Kak Lina ‘behave’ pada minggu ketiga

Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024



Aishah nak cari lelaki berduit?

Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker