Ahli Parlimen Sungai Petani berkahwin, PM hadir sebagai tetamu utama

Dr Mohammed Taufiq, 28 menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihannya dari Indonesia, Dr Fathiya Ainul Mardhiyah Andri Nopendra.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis perkahwinan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari di Dewan Kenangan, Majlis Perbandaran Sungai Petani, di sini, hari ini.

Dr Mohammed Taufiq, 28 menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihannya dari Indonesia, Dr Fathiya Ainul Mardhiyah Andri Nopendra.

Ketibaan Perdana Menteri kira-kira jam 12 tengah hari disambut bapa pengantin yang juga Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bersama isteri, Puan Sri Noraini Mohd.

Anwar meluangkan kira-kira sejam di majlis itu dan turut sudi merakam gambar kenangan bersama pasangan pengantin selain meluangkan masa beramah mesra dengan tetamu yang hadir.



Lebih 10,000 tetamu menghadiri majlis perkahwinan pasangan berkenaan yang bermula jam 11 pagi hingga 5 petang.

Antara tetamu kenamaan lain yang hadir Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen.

Dr Mohammed Taufiq adalah graduan Universiti Islam Bandung dalam jurusan perubatan yang tamat pengajian pada 2020.

Beliau berpengalaman sebagai doktor pelatih di Hospital Al-Ihsan Bandung dan Hospital Dr Slamet di Garut, Indonesia. Selepas pulang ke Malaysia, beliau berkhidmat di Klinik Al-Hadi di Sungai Petani.



Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), beliau yang mewakili PKR menang kerusi Parlimen Sungai Petani dalam pertandingan lima penjuru dengan majoriti 1,115 undi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan

Toshiba bakal muflis?



Ajai tolak berduet dengan Nourul, dah tak ada rasa katanya,

Elly menggigil dicabul ustaz



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker