Masyarakat alpa, tak endah SOP, kata Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata masyarakat ketika ini alpa dan tidak mengendahkan SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam usaha mengekang wabak Covid-19.

Katanya, nasihat yang diberikan mula dipandang ringan termasuk oleh petugas barisan hadapan dalam kalangan petugas kesihatan dan lain-lain agensi.

“Petugas barisan hadapan sememangnya mempunyai risiko tinggi untuk dijangkiti Covid-19 atau lain-lain penyakit berjangkit ketika di fasiliti kesihatan. Ini tidak kiralah di fasiliti kerajaan atau swasta.

“Petugas kesihatan juga boleh mendapat jangkitan semasa berada di dalam komuniti, iaitu sama seperti individu yang lain di dalam masyarakat.

“Jadi, pematuhan 100% terhadap garis panduan dan tatacara pengurusan semasa bertugas dan juga semasa tidak bertugas adalah amat penting,” katanya dalam sidang media hari ini.

Noor Hisham berkata, ketidakpatuhan kepada SOP akan mengakibatkan penularan jangkitan Covid-19.

Beliau turut memberikan contoh terdapat seorang anggota kesihatan daripada kluster Sungai yang didapati sudah menjangkiti 7 ahli keluarganya.

“Mengambil iktibar daripada kejadian ini, KKM menggesa semua petugas kesihatan, petugas barisan hadapan pelbagai agensi dan juga semua lapisan masyarakat untuk mengambil serius situasi Covid-19 dalam negara,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut memberitahu sebanyak 96 kluster sudah tamat, termasuk membabitkan kluster Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil.

“Sebanyak 653 kes dilaporkan merangkumi 3 warga Malaysia dan 650 bukan warganegara. Bagi kluster ini, terdapat 1 kes kematian,” katanya. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker