Anwar ‘kembali’ ke ibu pejabat UMNO malam ini

Anwar ‘kembali’ ke ibu pejabat UMNO malam ini

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual ‘kembali’ ke Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn, di sini, malam ini, selepas kira-kira 25 tahun tidak menjejakkan kakinya di sana.

Perdana Menteri dijadual hadir ke bangunan itu kira-kira jam 8.30 malam ini, bagi mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Jurucakap sekretariat yang dihubungi mengesahkan perkara berkenaan. Mesyuarat esok malam juga akan dihadiri pemimpin utama UMNO dan Barisan Nasional (BN), termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut dijangka hadir, pemimpin utama parti Pakatan Harapan (PH), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta WARISAN.

Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu, Ahmad Zahid memaklumkan mengenai penubuhan sekretariat itu, yang ditubuhkan bersama parti dalam Kerajaan Perpaduan, dengan pejabat urusannya bertempat di Menara Dato’ Onn.

Timbalan Perdana Menteri itu juga memaklumkan, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, akan mengetuai sekretariat berkenaan.

Sekretariat itu antara lain bertujuan menjamin kelangsungan Kerajaan Perpaduan yang sudah disepakati.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, sekretariat itu akan membincangkan dari semasa ke semasa, perjalanan kerajaan dan langkah ke hadapan, termasuk dalam soal kerjasama politik.

Anwar dipecat dari UMNO pada 3 September 1998 dan sejak itu, Menara Dato’ Onn adalah tempat asing baginya untuk dikunjungi. BH

Anwar ‘kembali’ ke ibu pejabat UMNO malam ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker