Anak pelakon dituduh bunuh, kerat pakar bedah

Anak pelakon dituduh bunuh, kerat pakar bedah

BANGKOK: Anak lelaki kepada pelakon Sepanyol, Rodolfo Sancho Aguirre, diberkas di Thailand berhubung kes pembunuhan seorang pakar bedah warga Colombia dengan mayatnya dikerat di pulau pelancongan Koh Phangan.

Kelmarin, polis bersama Sancho pergi ke tujuh lokasi, termasuk sebuah pantai di mana suspek dituduh membuang beberapa beg plastik mengandungi sebahagian anggota badan dipercayai seorang lelaki. Polis kemudian mengenal pasti mangsa sebagai Edwin Arrieta Arteaga, 44.



Suspek, Daniel Sancho Bronchal dihadapkan ke mahkamah, semalam, dengan polis memperoleh kebenaran untuk melanjutkan tempoh penahanannya bagi membantu siasatan, kata pegawai polis Thailand, Mejar Jeneral Saranyu Chamnanrat, kepada Reuters.

Saranyu berkata, Sancho, 29, menghadapi pertuduhan melakukan pembunuhan terancang dan mengerat serta menyorok anggota badan mangsa untuk menyembunyikan kematian atau punca kematiannya.

Media melaporkan anak kepada pasangan pelakon, Rodolfo Sancho dan Silvia Bronchalo itu bekerja sebagai cef serta mengunjungi Thailand untuk bercuti.

Sancho ditahan sejurus selepas sebahagian keratan anggota badan mangsa ditemui di sebuah tapak pelupusan sampah di Koh Phangan yang terkenal sebagai destinasi tumpuan pelancong untuk parti ‘bulan penuh’ yang diadakan secara bulanan.



Polis berkata, suspek mengaku melakukan jenayah berkenaan, manakala keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas hasil penemuan terbabit mengesahkan ia adalah anggota badan Arrieta.

Menurut polis, mereka juga mempunyai bukti lain terhadap Sancho. Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang disiarkan ThaiPBS menunjukkan Sancho dan Arrieta menunggang sebuah motosikal bersama-sama beberapa hari sebelum keratan anggota badan terbabit ditemui.

Polis Thailand memaklumkan, siasatan lanjut sedang dijalankan sementara pihak berkuasa meneruskan pencarian baki anggota badan Arrieta yang lain.

Kelmarin, keluarganya mengeluarkan kenyataan meminta supaya Daniel Sancho bersama mereka sekeluarga dihormati dalam tempoh sukar ketika ini. BH



Anak pelakon dituduh bunuh, kerat pakar bedah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai



Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?

Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’



Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker