Patimah lahir ketika laungan pertama Merdeka

Patimah ditemani dua cucunya menunjukkan tarikh lahirnya pada hari keramat pertama kali negara menyambut kemerdekaan ketika ditemui di Perkampungan Orang Asli Kampung Sungai Lerek, Tampin.

TAMPIN – Detik 12 tengah malam sambutan hari merdeka buat pertama kali dalam sejarah negara menjadi kenangan paling penting buat seorang suri rumah, Patimah Samat, 66.

Ketika itu, ibunya Dara Leman, bukan hanya sedang bertarung sakit untuk melahirkannya, bahkan, sempat berkumpul bersama-sama dengan penduduk Estet Gomali di Segamat, Johor untuk laungan ‘merdeka’.

Kata Patimah, ibunya sempat berkongsikan kisah itu turut bercerita mengenai dia terpaksa pulang ke rumah yang terletak berdekatan tempat berhimpun di estet berkenaan kerana air ketubannya sudah pecah

“Ibu merupakan orang asli Temuan dari Gemencheh merantau untuk bekerja memotong getah di estet berkenaan. Kemudian berkahwin dengan lelaki berketurunan Jawa di Segamat lalu terus menetap di estet berkenaan.



“Ikutkan berdasarkan cerita ibu, ibu sudah sakit sejak senja, namun bersemangat hendak berarak dan laungkan merdeka pada tengah malam itu,” katanya ketika ditemui di Perkampungan Orang Asli Kampung Sungai Lerek, di sini semalam,

Jelas Patimah yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik, semasa penduduk estet yang berbilang kaum terdiri daripada Melayu, India, dan Cina melaungkan merdeka, ibu selamat melahirkannya dengan bantuan bidan di estet berkenaan.

Ujarnya, membesar di estet pada zaman awal kemerdekaan menjadi kenangan yang banyak dikongsikan kepada lapan anak termasuk seorang sudah meninggal dan 18 cucunya sebagai pe­ngajaran untuk lebih menghargai nikmat kemerdekaan hari ini.

“Empat daripada lapan anak saya merupakan penjawat awam dengan bekerja sebagai guru, jururawat dan agensi kerajaan.



“Dulu susah mahu makan, kadang tak makan. Minum air gula sahaja, teh, kopi tiada. Raya pun tak ada jumpa daging. Sekarang alhamdulilah, mewah.

“Itu sebab saya selalu cakap anak cucu belajar betul-betul, ingat masa depan,” jelasnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta



Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker