Kalau goyah beritahu isteri – Remy Ishak
Kalau goyah beritahu isteri – Remy Ishak
Pelakon Remy Ishak tidak segan untuk berbincang dengan isteri, Ezza Yusof sekiranya wujud permasalahan melibatkan orang ketiga dalam perkahwinan.
Kata Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak, diskusi adalah jalan terbaik untuk menjaga keharmonian sesebuah institusi perkahwinan.
“Benda-benda begini, kita kena bagitahu. Saya selalu beritahu pada diri bahawa tiada orang yang salah sebenarnya.
“Tiada orang nak sondol siapa. Benda berlaku ada sebab. Kadang-kadang, dua-dua jadi, tepuk tak jadi. Kenapa balas tepukan itu. Benda-benda begitu.
“Tapi, alhamdulillah isteri saya seorang yang memahami. Kami ada bincang dan sembang tentang apa yang kerap berlaku sejak akhir-akhir ini dalam kalangan golongan selebriti (rumah tangga diganggu pihak ketiga),” katanya kepada Kosmo! Online.
Ujar Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 itu lagi, diskusi sihat antaranya dengan isteri sentiasa berlaku dan masing-masing berfikiran terbuka.
“Apa yang berlaku di sekeliling sekarang bagus kerana dapatlah saya kongsi dengan isteri.
“Saya tanya dia, macam mana kalau benda ini (rumah tangga diganggu pihak ketiga) berlaku pada kita. Kita berbincang sebab memang manusia tak tahu apa jadi pada masa hadapan.
“Saya pun cakap dengan isteri, kalau benda ini jadi tolong jangan marah. Dan, saya pun cuba jaga diri supaya kecurangan tidak berlaku dalam perkahwinan.
“Senang cerita, apa-apa pun, kita sentiasa berbincang. Kalau dapat mesej pelik-pelik dalam media sosial, saya siap tunjuk isteri,” ujarnya yang sentiasa berpegang bahawa ketelusan dan kejujuran dalam perhubungan.
Berbicara lanjut tentang kejujuran atau ketelusan dalam perhubungan, Remy, 41, berkata, elemen itu sangat penting.
“Ketelusan sangat penting dalam perkahwinan. Kalau apa-apa berlaku di masa depan, pasangan kita tahu kita macam mana orangnya.
“Kalau tak ‘transparent’ (banyak sembunyikan kebenaran), tiba-tiba pasangan dapat tahu, akan timbul masalah besar.
“Kalau iman saya goyah atau berlaku apa-apa, saya akan beritahu isteri. Itu lebih bagus,” jelasnya.
Remy berkahwin dengan Ezza 21 Ogos 2021 dan kini sedang menanti cahaya mata sulung yang dijangka lahir, Ogos depan. K Online
Kalau goyah beritahu isteri – Remy Ishak
Baca Artikel Menarik:
- Misteri Bezza FF2 terjawab
- Sokong calon DAP atau hilang kuasa, Umno diberitahu
- Jam tangan Swatch dirampas tertera huruf LGBTQ, kata sumber
- Kejatuhan ringgit membawa kebaikkan kepada ekonomi negara – Rafizi Ramli
- Tang mana ‘untold’?
- ‘Ah long bangang’ tersalah pecah kereta, serang rumah jiran
- PN beri projek RM654 juta tanpa tender, mana penjelasan?
- Shila Amzah dan Ubai sahkan akan bernikah tahun ini
- Lelaki bunuh dan makan daging warga emas, dihantar ke hospital mental
- Tikam rakan kerana skandal dengan isteri
- Baby Shima diminta ‘berehat’
- Tiz Zaqyah, Keith Foo bercinta?
- Dikecam bagi isteri beranak lagi, Ini jawapan balas Fizo Omar
- Zahid kata PAS jangan perasan, tiada siapa pelawa sertai Kerajaan Perpaduan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengacara terkenal pilih untuk ‘Free-Hair’ sambut ulang tahun ke-39
Hanya kerana iPhone, wanita muda sanggup jadi pelacur online