Usul undi percaya PM dijangka tidak menghadapi tentangan

KOTA TINGGI – Usul undi percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang khas Dewan Rakyat, Isnin ini, dijangka tidak berdepan masalah.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kesemua ahli Parlimen tanpa mengira parti politik akan bertindak rasional ketika usul undi tersebut dilakukan.

“Ahli-ahli Parlimen akan bertindak rasional dan boleh bersetuju terhadap usul undi dibentangkan kelak memandangkan tiada parti politik yang mempunyai majoriti selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).



“Sudah pasti, yang terbaik adalah saranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah iaitu Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir majlis kesyukuran sempena kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU15 di Masjid An Nur Felda Simpang Waha di sini pada Jumaat.

Mohamed Khaled ( dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada asnaf di Masjid An Nur Felda Simpang Waha pada Jumaat.

Mohamad Khaled yang juga Menteri Pendidikan tinggi berkata kerajaan yang stabil diperlukan bagi membawa perubahan dan membantu rakyat.

“Rakyat sudah penat dengan politik, sudah tiba masanya kita perlu mempunyai kerajaan mengurus dan mentadbir negara. Saya percaya, rakyat di bawah dalam keadaan mengalami dan kesusahan.



“Sekiranya kita ada sebuah kerajaan yang mantap, saya pasti banyak perkara yang boleh dilakukan bukan sahaja bantu rakyat tetapi juga memacu negara di landasan yang betul dan menjadi sebuah negara disegani di mata dunia,” katanya.

Usul undi percaya terhadap kepimpinan Anwar akan menjadi antara agenda utama pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang dijadual berlangsung selama dua hari bermula 19 Disember ini.

Anwar, pada sidang pertamanya selepas mengangkat sumpah jawatan pada 24 November lalu, menegaskan akan membentangkan usul undi percaya bagi membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri ke-10.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]



Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j

Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker