AS, UK lancar serangan ke atas Yemen

AS, UK lancar serangan ke atas Yemen

Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) melancarkan serangan ke atas empat wilayah Yemen.

Presiden AS, Joe Biden mengesahkan negara itu dan sekutunya menyerang kumpulan Houthi dengan mendakwa serangan tersebut sebagai tindak balas kepada ‘ancaman kebebasan pelayaran’.



Serangan dilakukan terhadap 12 kemudahan Houthi di Yemen, kata pegawai AS kepada Sputnik.

AS berkata, sehingga jam 3.20 pagi, negara itu dan UK telah menghentikan serangan, bagaimananpun ia mungkin menyambung kembali jika ancaman dan serangan Houthi berterusan.

Houthi terus melancarkan peluru berpandu ke arah kapal AS ketika ini, lapor media.

Bandar Taiz di tengah Yemen turut dibom oleh AS dan UK malam tadi, kata seorang sumber kerajaan Yemen kepada Sputnik.



Terdahulu, rangkaian televisyen Al Arabiya memetik sumber sebagai berkata, AS dan UK melancarkan operasi pada malam Jumaat terhadap kemudahan kumpulan Houthi di utara negara tersebut.

Sumber berkata, serangan disasarkan khususnya di pelabuhan Hodeidah. MG

AS, UK lancar serangan ke atas Yemen

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perang Fatiya, Anju makin panas

Hati dia busuk sangat – Zarina Anjoulie



Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang

Ketua Polis Negara: “Kalau jumlah cukup ketua parti dah menghadap Agong”



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker