ND Lala bertahun abai nafkah, hidup dengan titik peluh anak – Bekas Isteri

KUALA LUMPUR: Fauziah Sarman, 55, iaitu bekas isteri penyanyi dan pelakon era 1980-an, Datuk ND Lala, 62, mendakwa bekas suaminya itu pernah culas dalam melaksanakan tanggungjawab membayar nafkah kepada dirinya dan anak-anak.

Meluahkan perasaan dalam entri Instagram (IG), Fauziah mendakwa ND Lala atau nama sebenar, Amir Amzah Salleh, tidak bekerja selama bertahun-tahun, malah, perbelanjaan keluarga ditanggung anak-anak.

“Tiada rasanya keluarga yang tidak akan bergaduh jika hak kami diusik. Tanyalah diri (ND Lala) berapa lama nafkah saya diabaikan.



“Cerminlah diri, bertahun-tahun anda tidak bekerja… Bertahun-tahun pagi petang main golf dan berfoya-foya dengan isteri baharu.

“Kena sedar, kehidupan yang terbina sekarang hasil dari titik peluh seorang anak yang tidak pernah berkira untuk keluarganya. Tetapi janganlah sampai menghabiskan dan bersenang-senang dengan rezeki yang dicari oleh anak,” luahnya, semalam.

Fauziah menjelaskan dia bukan berniat untuk menyebar aib bekas suami, namun, mahu memberi penjelasan mengenai perkara sebenar yang terjadi dalam keluarganya.

“Saya tulis kali ini bukan untuk terus mendedahkan aib peribadi saya. Ada banyak perkara seakan perlu saya jelaskan. Ada yang merasakan saya tidak boleh ‘move on’ dengan apa yang sudah Allah tulis untuk saya.



“Sedangkan jiwa saya sangat tenang secara keseluruhan. Apakah meluah rasa tanda orang itu ‘meroyan’ dan tidak terima kenyataan?” katanya.

Fauziah mendakwa tindakan bekas suami yang jarang balik ke rumah sebelum ini dianggap sebagai ‘latihan’ daripada Allah untuk menjadikan dirinya lebih kuat, biarpun pernah menyuarakan hasrat untuk bercerai, Jun lalu.

“Sejujurnya, dengan situasi ini, saya sudah nekad berpisah sejak Jun lalu. Tetapi saya bertahan demi anak kesayangan saya. Shila minta saya tangguhkan dahulu sehingga majlis pernikahannya pada 5 Ogos lalu.

“Jadi, sebagai ibu saya cuba memujuk hati walaupun saya sudah reda untuk berpisah,” katanya.



Sebelum ini, Fauziah mendedahkan perkahwinannya selama 34 tahun itu bernoktah selepas ND Lala melafazkan cerai terhadapnya pada 2 Ogos lalu.

Fauziah dan ND Lala mendirikan rumah tangga pada 19 Oktober 1989. Selain Shila, 33, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu



Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker