Selepas 20 tahun, Wanita Ini Baru Tahu Dirinya Adalah Lelaki [VIDEO]

Selepas 20 tahun, Wanita Ini Baru Tahu Dirinya Adalah Lelaki

Riyadh: Seorang wanita di Arab Saudi, terkejut apabila mendapat tahu bahawa dia sebenarnya adalah lelaki, 20 tahun selepas dilahirkan.

Ia difahamkan berpunca daripada ‘kesilapan perubatan’, lapor Gulf Today yang memetik media negara itu.

Menurut Al Ekhbariya TV, individu itu tidak mengetahui bahawa dia sebenarnya mempunyai alat sulit lelaki yang tersembunyi di dalam abdomennya.

Ketika dilahirkan di sebuah hospital di sini, dia dikesan mempunyai ketidaknormalan pada bahagian alat sulit.

Namun, doktor pada masa itu menyangka jantina bayi berkenaan adalah perempuan dan keluarga memberinya nama sebagai Randa.

“Pada mulanya, ia perasaan yang sangat pelik, seperti mereka berbohong kepada saya. Tidak logik untuk saya kerana saya seakan bermula dari kosong. Nama baharu, identiti baharu, tiada kawasan, tiada saudara,” kata Randa.

Menurutnya, doktor mengesyorkan supaya dia menjalani pembedahan untuk mengeluarkan alat kelamin lelaki pada badannya itu.

“Doktor mencadangkan saya ke United Kingdom untuk pembedahan itu. Tetapi, pihak berkuasa berkaitan menolak dokumen perjalanan saya,” katanya.

Menurut Al Ekhbariya TV, keluarga Randa sudah mengemukakan aduan terhadap Kementerian Kesihatan, namun sehingga kini masih belum ada maklum balas.

Bapa gadis itu berkata, dia cuba berhubung dengan pihak hospital di mana Randa dilahirkan, tetapi masih tiada jawapan-HM

Selepas 20 tahun, Wanita Ini Baru Tahu Dirinya Adalah Lelaki

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker