Sekolah tutup akibat Covid-19, aktivis pendidikan bangkit bantah

PETALING JAYA: Dua kumpulan pendidikan menyuarakan bantahan terhadap sebarang rancangan penutupan sekolah untuk mengawal penularan Covid-19.

Jurucakap Kumpulan Tindakan Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka (MAGPIE) dan Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) berkata mereka percaya bahawa terdapat cara lain untuk menangani masalah peningkatan kes jangkitan dalam kalangan kanak-kanak.

“Ibu bapa perlu mendengar nasihat pakar kesihatan dan dapatkan suntikan dos penggalak dan mereka harus memastikan anak-anak juga diberi suntikan secepat mungkin,” kata Pengerusi MAGPIE Mak Chee Kin.

Mak Chee Kin.

Beliau berkata semua guru dan kakitangan sekolah yang lain harus menjalani ujian RTK-antigen seminggu sekali untuk mengekang penularan kluster sekolah.

Manakala Pengerusi PAGE Noor Azimah Abdul Rahim berkata cuti persekolahan akan datang mungkin menghentikan kluster pendidikan.

“Cuti sekolah akan bermula dari 26 Feb hingga 20 Mac sebelum kalendar akademik baharu bermula,” katanya.

“Oleh itu, tidak ada keperluan untuk menutup sekolah.”

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata minggu lalu terdapat peningkatan kes Covid-19 sebanyak 160% membabitkan kanak-kanak sejak awal bulan ini. Beliau mengaitkan peningkatan itu dengan pembukaan semula sekolah selepas cuti baru-baru ini.

Noor Azimah Rahim.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster pendidikan naik mendadak apabila sebanyak 92 kluster dilaporkan minggu lalu berbanding 61 kluster seminggu sebelumnya.

Katanya, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) merekodkan sebanyak 367 kluster pendidikan dari 1 Jan hingga 19 Feb di mana 346 daripadanya masih aktif.

Mak berkata, ia “tidak praktikal” untuk menutup sekolah sekali lagi kerana pelajar telah pun tertinggal pelajaran dan waktu bersosial dengan rakan sebaya selama dua tahun akibat penutupan itu.

“Biarpun kita bimbang dengan peningkatan kes Covid-19 di kalangan kanak-kanak sekolah, kita perlu sedar bahawa virus itu akan kekal,” katanya.

 

 

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rasyad dan Peter ‘trending’ di Twitter

Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]

Bercerai selepas sehari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker