2,192 kes Covid-19, 6 kematian

 

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 2,192 kes dan enam kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah juga melaporkan 3,414 pesakit sembuh.



Ketika ini, 32,075 pesakit sedang dirawat, dengan 199 di ICU dan 91 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, enam kematian dilaporkan menjadkan jumlah keseluruhan angka kematoan setakat ini 1,062.

Katanya, daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan hari ini 2,189
adalah penularan tempatan manakala tiga jangkitan di luar negara.

Sehingga kini jumlah jangkitan Covid-19 direkodkan dalam negara kini 285,761 kes dengan 252,623 kes sembuh.



Sementara itu, Selangor kembali mencatat kenaikan kes tertinggi dengan 910 kes.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 742 kes (81.5%) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan,”katanya.

Diikuti Kuala Lumpur 303 kes, Sarawak (221), Johor (211), Perak (148), Pulau Pinang (135), Sabah (110), Negeri Sembilan (64), Kelantan (28), Kedah (26), Melaka (14), Pahang, Putrajaya masing-masing (tujuh), sementara Terengganu dan Perlis pula (empat).

Katanya, sebanyak 742 kes (81.5%) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat yang aktif dijalankan di lapangan.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker