Ismail Sabri di Dubai untuk lawatan kerja

Ismail Sabri di Dubai untuk lawatan kerja

DUBAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob singgah di sini, dalam penerbangan pulang daripada lawatan rasmi tiga hari ke Qatar untuk menyaksikan beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani yang dilihat mampu meningkatkan kerjasama antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum pada jam 6.35 petang waktu tempatan (10.35 malam waktu Malaysia).

Beliau yang diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah disambut Duta Besar Malaysia ke UAE Datuk Mohd Tarid Sufian dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai Mohd Hasril Abdul Hamid.

Perdana Menteri singgah di Dubai selepas lawatan rasmi tiga hari ke Qatar sejak Sabtu lalu.

Di Qatar, Ismail Sabri melawat Ladang Baladna dan Kemudahan Tenusu selain daripada Ladang Organik Agrico di Al-Khor, kira-kira 50 km dari Doha.

Beliau juga mengadakan sesi libat urus dengan komuniti perniagaan dan keluarga Malaysia di Doha.

Awal hari ini Ismail Sabri diberi sambutan rasmi di Amiri Diwan dan selepas itu beliau menghadap Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.

Perdana Menteri kemudian menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh Amir Qatar sempena lawatan beliau.

Ini adalah lawatan julung kali Ismail Sabri ke Qatar selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesembilan pada Ogos tahun lepas. BH

Ismail Sabri di Dubai untuk lawatan kerja


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Cari duit nak kahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker