Peluk Kerana Gayat, Aksi Nelydia Senrose Dikecam [VIDEO]

“Lebih Kepada Nak Ambil Kesempatan”

Peluk Kerana Gayat, Aksi Nelydia Senrose Dikecam [VIDEO]

Peluk Kerana Gayat, Aksi Nelydia Senrose Dikecam [VIDEO]

Belum lagi reda isu memegang tangan dan dipeluk aktor Yusuf Bahrin dalam trailer drama “Seindah Hujan Cinta”, nama Nelydia Senrose sekali lagi menjadi topik kecaman netizen selepas tular pula video pendek yang memaparkan dirinya merangkul lengan aktor Hariz Hamdan.

Video tersebut dengan pantasnya telah mencetuskan pelbagai kontroversi kerana Nelydia memegang status isteri orang.

Video yang dikongsi oleh Hariz Hamdan sendiri di akaun peribadinya beserta kapsyen yang mendedahkan dirinya tertekan menjalani penggambaran dengan dua aktres, Nelydia dan Ezzanie Jasny, yang gayat menaiki kereta kabel.

“Stress aku shoot dengan dua orang gayat ni”, tulis Hariz.

@harizhamdann

Stress aku shoot dengan dua orang gayat ni 😭. Saksikan Seindah Hujan Cinta bermula 21 July 2025. Hanya di tv3!

♬ original sound – Hariz hamdan – Hariz hamdan

Jika kamu lihat video tersebut, Nelydia dikecam adalah gelagatnya yang merangkul dan memeluk lengan kiri Hariz ketika menaiki kereta kabel. Apa yang membuatkan orang ramai keliru dan mengkritik tindakannya itu, Nelydia boleh memeluk wanita di sebelah kirinya tetapi lebih memilih untuk memeluk Hariz.

Walaupun gelagatnya boleh dikatakan spontan dan di luar jangkaan kerana gayat, namun orang ramai mempertikaikan apa jua alasanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati


Peluk Kerana Gayat, Aksi Nelydia Senrose Dikecam [VIDEO]
Foto – @harizhamdann (TikTok)
Jika kamu lihat pada video tersebut, Nelydia yang gayat dengan ketinggian telah merangkul dan memeluk erat lengan kiri Hariz ketika menaiki kereta kabel. Namun apa yang membuatkan ramai terkejut dan keliru dengan aksinya itu, netizen mendedahkan bahawa Nelydia boleh sahaja memilih untuk memeluk wanita yang berada di sebelah kirinya.

Walaupun aksinya itu spontan kerana takut dengan ketinggian, ramai yang mempertikaikan tindakan dan juga alasan tersebut. Malah ramai juga yang bertanyakan apakah reaksi suami Nelydia melihat isterinya merangkul lengan lelaki lain.

“Hahaha ni lebih kepada nak ambil kesempatan ke. Tak marah ke laki Nelydia? Ezzanie tu rileks je eh”, komen @wawaariss01.

“Serius la Nely gayat dia pernah bungee jumping dekat Dubai kot. Tinggi gila weh”, komen @fvvrryss.

“Sebelah tu perempuan tapi dia lebih memilih peluk lelaki”, komen @nadianasrah1.

“Ni lebih kepada mengada. Kau boleh je pergi peluk perempuan sebelah tu”, komen @syazwanirosely.

“Laki dia tak marah ke?”, komen @mamidanial94.

“Kenapa Nely ni. Peluk la perempuan sebelah tu. Nak peluk lelaki kenapa”, komen @hrbakery1190.

Foto – @harizhamdann (TikTok)

Pada masa yang sama, orang ramai juga memuji tindakan Ezzanie yang gayat itu kekal tenang dan diam di tempat duduknya walapun takut akan ketinggian.

Peluk Kerana Gayat, Aksi Nelydia Senrose Dikecam [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker