Video Sindiran Nabila Huda Undang Tanda Tanya [VIDEO]
Komen Pak Nil Jadi Perhatian!
Video Sindiran Nabila Huda Undang Tanda Tanya [VIDEO]
Sebelum ini pelakon terkenal Nabila Huda mencuri perhatian ramai selepas memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya yang dilihat seperti menyindir seorang wanita bergelar Datin.
Nabila Luah Rasa Kecewa?
Video tersebut mengandungi luahan tegas dan kritikan terhadap individu yang tidak dinamakan, namun nadanya cukup tajam hingga mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
Dalam video tersebut, Nabila meluahkan rasa kecewa terhadap wanita berkenaan yang didakwanya telah memalukan keluarga dan suami sendiri.
Berhentilah memalukan keluarga dan suami. Satu Malaysia tak suka kau, lebih baik keluar negara.
Nabila juga menasihatkan wanita tersebut agar mengingat asal usul dan segera berubah sebelum kisah silamnya disiasat oleh orang ramai.
Sedang Berlatih Monolog
Namun begitu, menerusi kapsyen video tersebut, Nabila menjelaskan bahawa dia sebenarnya sedang berlatih monolog untuk satu watak lakonan terbarunya.
Tengah berlatih monolog untuk kerja seterusnya. Doakan saya berjaya.
Rentetan dari video tersebut, diruangan komen yang memberikan pandangan dan pendapat termasuklah rakan-rakan artis.
Rakan-rakan artis juga turut menyatakan mereka tidak sabar untuk menunggu lakonan dan filem yang baru akan keluar bila melihat ‘lakonan’ Nabila tersebut.
Komen Pak Nil Jadi Perhatian
Antara yang menjadi perhatian adalah komen daripada Datuk Aznil bin Haji Nawawi atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Nil.
Pak Nil telah memberikan komen dengan penulisan berseloroh seolah-olah meletakkan iklan sekiranya ada sesiapa yang mahu menggunakan khidmat Pak Nil untuk melakukan pembersihan kawasan rumah.
Mesin rumput potong pokok, meracun, kemas kawasan area kedah dari Sungai Petani sampai Alor Star.
Boleh cari saya @ wassup sy 0.1.6.3.5.7.6243 tengah cari job.
saya hanya iklan cari job mohon maaf kalau tak boleh iklan kat sini.
Komen tersebut meraih hampir dua ribu tanda ‘like’ dan lebih seratus komen balas terhadap Pak Nil. Malah ramai yang terhibur dengan komen Pak Nil itu.
Video Sindiran Nabila Huda Undang Tanda Tanya [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.