Permohonan Zuraida untuk isytihar Presiden PBM ditolah Mahkamah Tinggi
Permohonan Zuraida untuk isytihar Presiden PBM ditolah Mahkamah Tinggi
Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi perisytiharan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang sah.
Hakim Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan Zuraida dengan alasan mahkamah tidak boleh membuat apa-apa inkuiri terhadap hal ehwal dalaman parti berdasarkan Seksyen 18 C Akta Pertubuhan 1966.
Berdasarkan seksyen itu juga, beliau berkata, mahkamah turut terikat dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah yang lebih tinggi.
Pada April lalu, Pejabat Peguam Negara membantah permohonan kebenaran Zuraida dengan alasan Seksyen 18 C Akta Pertubuhan menetapkan bahawa keputusan membabitkan parti adalah muktamad dan tidak boleh dicabar, dirayu atau dipersoalkan di mahkamah.
Zuraida, 65, memfailkan permohonan kebenaran itu pada 24 Mac lalu dengan menamakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sebagai responden tunggal, dengan memohon pengisytiharan bahawa tindakan RoS mengekalkan Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shen sebagai Presiden PBM adalah tidak sah.
Beliau juga memohon perintah mandamus untuk mengarahkan RoS mengiktiraf beliau sebagai presiden PBM berkuat kuasa 7 Oktober 2022.
Dalam afidavit sokongannya, Zuraida berkata, beliau menerima surat daripada PBM pada 27 Oktober 2022, memaklumkan pelantikannya sebagai presiden PBM.
Bagaimanapun, Zuraida berkata, beliau menerima surat daripada parti itu bertarikh 19 Disember tahun lalu yang menyatakan Soon mengisytiharkan dirinya sebagai presiden PBM dan menggantung keahliannya (Zuraida).
Bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu berkata beliau mengetahui mengenai pemecatannya daripada PBM melalui portal berita The Star pada 27 Disember 2022, namun tidak pernah menerima sebarang notis, surat atau makluman daripada parti itu mengenai pemecatannya. BH
Permohonan Zuraida untuk isytihar Presiden PBM ditolah Mahkamah Tinggi
Baca Artikel Menarik:
- Budak 13 tahun buat ‘part time’ pandu lori RORO ditahan
- Linda Rafar pandai mengurut
- Azhar Sulaiman risau Leona jadi macam Aliff Syukri
- KJ yakin UMNO dibawah Zahid akan ‘bungkus’ dalam PRN di 6 negeri
- Annuar Musa ‘serang’ UMNO
- Disangka hilang tengah malam, suami rupanya sidai baju
- Wolverine pupus lebih 100 tahun dilihat di California
- Polis belasah isteri, rosakkan kereta kerana cemburu
- Khairy Jamaluddin rancang tubuh parti baharu
- Menyamar polis kejar kenderaan, PDRM buru 3 lelaki
- Dulu Zul kini bakal bergelar Haji Zul
- Netizen minta rahsia ketiak putih Yasmin Hani
- Wanita bertudung, pakai ‘mask’ ragut rantai anak di Jom Heboh [VIDEO]
- Kejam! Kucing mati dijerut dawai, digantung pada bingkai tingkap
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai
Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]
Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu
Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara
You must be logged in to post a comment.