Geng Pali rompak rantai emas dipenjara tiga tahun
Geng Pali rompak rantai emas dipenjara tiga tahun

BUTTERWORTH: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhi hukuman penjara selama tiga tahun terhadap tiga sekawan dikenali sebagai ‘Geng Pali’ atas tiga pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan dan melupuskan harta curi, Oktober lalu.
Tertuduh, Mohammad Fadzli Mustaffa, 37, Mohamad Firdaus Hakimi Rosman, 23, dan Mohamad Azizuddin Zulkifli, 29, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Roslan Hamid.
Berdasarkan pertuduhan pertama, Mohammad Fadzli dan Mohamad Firdaus telah melakukan rompakan berkumpulan seutas rantai leher dan loket emas milik wanita berusia 55 tahun di hadapan sebuah rumah di Kampung Juru, Bukit Mertajam pada jam 1.16 tengah hari, 20 Oktober lalu.
Kedua-dua lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 395 kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Mohammad Fadzli dan Mohamad Azizuddin secara bersama-sama dengan curangnya melupuskan harta rompakan iaitu seutas rantai leher dan loket emas di kedai barangan kemas di Lorong Sungai Dua Utama 1 di sini, kira-kira jam 2 petang, 21 Oktober lalu.
Bagi pertuduhan ketiga, Mohammad Fadzli mengaku menyamun rantai leher seorang wanita lain di Jalan 12, Kampung Juru, Bukit Mertajam pada jam 5.45 pagi, 20 Oktober lalu.
Dia didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.
Mahkamah mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama tiga tahun secara serentak bermula tarikh tangkap iaitu pada 11 November lalu dengan dua daripada mereka iaitu Mohammad Fadzli dan Mohamad Firdaus turut dikenakan dua sebatan bagi pertuduhan pertama.
Mohammad Fadzli dan Mohamad Azizuddin turut dikenakan denda RM5,000 atau tambahan hukuman penjara selama enam bulan jika gagal membayar denda bagi pertuduhan kedua dan ketiga.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Belia Negeri Sembilan Diperkasa, Mohd Razi Tegaskan Terus Komited Lahirkan Pemimpin Masa Depan
- Pemuda UMNO Sambut Baik Keputusan Kes Sulu, Kemenangan Pertahan Kedaulatan Negara
- Sharif Musa Seru Ahli UMNO Sabah Perkukuh Kesatuan di Bawah Kepimpinan Baharu
Kes Sulu: Hargai Usaha Kekalkan Kedaulatan, Tolak Tuntutan Tidak Berasas – Rosni Zahari
Terdahulu semasa prosiding, tertuduh yang masing-masing bekerja sebagai petani, pembantu restoran makanan segera dan nelayan merayu hukuman ringan kerana semua mereka mempunyai tanggungan termasuk membantu menyara ibu bapa dan perbelanjaan keluarga.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Jamal manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.
Geng Pali rompak rantai emas dipenjara tiga tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Jadikan UEC Alat Politik, Utamakan Masa Depan Anak Bangsa – Norshida
- Pemuda UMNO Tegas Tolak UEC, Tidak Selaras Dasar Negara – Hafiz Ariffin
- Isu Tuntutan Sulu: Azmi Sifatkan Azalina Menteri Bertanggungjawab, Pertahan Kedaulatan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kes Tuntutan Sulu: UMNO Jelas Konsisten Jadi Pembela Serangan Luar, Dalam
You must be logged in to post a comment.