Vaksinasi kurangkan kemasukan ICU, kematian
PUTRAJAYA – Vaksinasi yang dilaksanakan di negara ini berjaya menurunkan kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 83 peratus dan kadar kematian akibat jangkitan sebanyak 88 peratus.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berdasarkan data terkini yang dikemukakan oleh data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Bagi memastikan proses peralihan negara ke fasa endemik berjalan lancar dan selamat, rakyat kini memikul tanggungjawab yang besar untuk menjayakan usaha ini.
“Antara langkah yang harus dilaksanakan ialah mengukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri dengan mengamalkan TRIIS iaitu Test, melakukan ujian pengesanan Covid-19 secara kendiri sekiranya alami simptom-simptom jangkitan.
“Selain itu Report membuat laporkan keputusan ujian pengesanan secepat mungkin di MySejahtera. Ketiga Isolate di mana lakukan kuarantin atau pengasingan kendiri dengan segera dan penuh disiplin sekiranya didapati positif supaya tidak bahayakan orang sekeliling.
“Kemudian Inform iaitu segera maklum kepada kontak rapat anda sekiranya didapati positif dan laporkan juga semua kontak rapat melalui pautan di dalam MySejahtera. Maklumkan juga kepada CAC berhampiran sekiranya situasi kesihatan diri semakin merosot semasa menjalani kuarantin di rumah serta Seek dengan dapatkan rawatan segera di pusat-pusat perubatan atau CAC berhampiran sekiranya alami gejala berat,” katanya pada Sidang Media Khas pada Ahad.
Vaksinasi kurangkan kemasukan ICU, kematian
Baca Artikel Menarik :
- Adun Sindumin mulanya menafikan tetapi sah meninggalkan Warisan
- Norhizam tidak puas hati diarah serah kenderaan rasmi, dihalang guna pusat khidmat
- Polis sahkan terima laporan ‘abang e-hailing’ tunjuk kemaluan
- PRN Melaka: Nyawa rakyat dipertaruh demi kerakusan kuasa
- Petisyen ‘Jangan Kuburkan Kes Adib’ terus dapat sambutan
- Ain Edruce kena kecam sebab over (Video)
- Dedah hubungan sulit, wanita bakar anak hidup-hidup
- UMNO tiada masalah tanpa Bersatu
- Idris akhirnya mengaku bertemu dengan Anwar bersama 3 Adun
- Resepi ubi kayu croquettes pasti sedap
- ‘Abang askar’ jilat tangan pekerja wanita kedai vape dicekup [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.